Buletin

TOYOTA IS KING! HILUX NO. 1 DI AUSTRALIA 4 TAHUN BERTURUT-TURUT

Awal tahun begini memang seronok untuk memerhatikan jualan kenderaan pada tahun 2019. Satu negara yang menarik untuk diperhatikan ialah Australia.

Negara itu mempunyai jumlah penduduk seramai 23.4 juta (2016) orang namun jumlah kenderaan baharu (TIV) ialah 1.153 juta unit setahun (2018).

Jumlah jualan itu ternyata lebih besar dari negara kita yang mempunyai 32.7 juta penduduk (2019) dengan TIV berjumlah 598,714 unit (2018).

Jika Perodua mendominasi jualan tempatan sejak sekian lama, jenama mana pula yang menguasai pasaran Australia?

Tidak lain tidak bukan, Toyota.

Pengeluar Jepun itu tidak hanya mendominasi jualan pada 2019 malah memasuki kali ke-23 dengan 17 tahun berturut-turut.

Pada tahun 2019, jualan Toyota adalah sebanyak 205,766 unit dengan pegangan pasaran 19.4 peratus, tertinggi dalam tempoh tujuh tahun.

Ia adalah tahun kelapan berturut-turut dan kali ke-15 dalam tempoh 16 tahun yang lalu jualan Toyota telah melebihi 200,000 unit kenderaan.

Satu lagi fakta menarik ialah, model terlaris Australia bukan kereta penumpang tetapi pikap Hilux dengan jualan sebanyak 47,649 unit.

Hilux menduduki tangga tersebut selama empat tahun berturut-turut dan merupakan kenderaan komersial paling popular selama 22 tahun.

Secara keseluruhannya Toyota berjaya menjual 59,729 unit kereta penumpang, 80,180 unit SUV dan 65,857 unit kenderaan komersial ringan berbanding mana-mana jenama.

Berikut ialah prestasi jualan mengikut model terpilih:

  • Hilux – 47,649 unit. Model nombor satu empat tahun berturut-turut
  • Corolla – 30,468 unit. Kereta penumpang terlaris tujuh tahun berturut-turut
  • RAV4  – 24,620 unit. SUV paling laris Toyota
  • Camry – 16,768 unit. Kereta penumpang saiz sederhana terlaris selama 26 tahun

Tahun 2019 juga menyaksikan Toyota mencatat pencapaian baharu dengan jualan ketujuh juta yang merangkumi 3.7 juta kereta penumpang dan 3.3 juta kenderaan komersial.

Dalam tempoh sedekad lalu, jualan Toyota di Australia melebihi dua juta unit kenderaan dengan sejuta unit lebih tinggi daripada mana-mana pengeluar.

BACA: TOYOTA GR SUPRA HYPERBOOST EDITION, KUASA LEBIH 750HP!

BACA: HANYA 1 UNIT TOYOTA LAND CRUISER DIJUAL PADA ’58, SEKARANG JADI LEGENDA

BACA: TOYOTA CAMRY KINI DENGAN AWD – SATU KERJA RUMIT!

Kredit foto: Toyota

Google ads
Back to top button