,
Artikel PilihanIklan Pilihan

#IKLANPILIHAN: NISSAN SKYLINE GT-R R32 N.O.S! MILEAGE 250 KM SAHAJA!

Ini mungkin penemuan paling hebat pada abad ini. Sebuah Nissan Skyline BNCR R32 GT-R telah ditemui di Jepun oleh Classic Racer Automotive, sebuah premis restorasi kereta-kereta JDM yang berpusat di Hong Kong.

Dalam satu status ringkas pada laman facebook mereka semalam memuatnaik foto-foto sebuah Nissan Skyline yang masih kelihatan baru, ia hanya bergerak pada kilometer 250 km sahaja. Sesuatu yang sangat jarang dan mungkin tidak akan ditemui dah selepas ini.

Untuk standard sebuah kereta yang menjadi ikon sport negara Jepun keluaran hampir 30 tahun lalu, diburu di seluruh dunia, menemuinya dalam keadaan begini ibarat mencari jarum dalam jerami.

Pihak Classic Racing Automotive memberitahu bahawa ianya untuk dijual dan bersedia untuk dieksport. Berikut ialah statusnya;

……………………………………………………………..

“Who need a Virgin..?”
Brand New BNR32 with delivery mileage 250KM !!
#GoodInvestment
#BNR32
#GTR32
#Classicsracer

Price on Request 
Interested Parties pls contact 852-91305660 Justin

……………………………………………………………………………………..

Tidak diberitahu berapa harga permulaannya. Namun kami percaya, ia sangat mahal. Namun bagi pengumpul, jika wang tiada masalah, ia adalah pelaburan yang tak ternilai harganya.

Kereta ini akan terus naik dan naik harganya sepanjang tahun.

10 tahun lepas, R32 GT-R asli boleh dimiliki pada harga RM100K. Kemudian ia terus naik dan naik.

Tiada tanda harga standard untuk model ini kerana ia berdasarkan “willing buyer, willing seller” tapi semakan dalam beberapa bulan kebelakangan ini tiada yang dijual di bawah RM200K.

Kami pernah jumpa uni asli tanpa ubahsuai dan rim standard diiklankan pada harga melebihi sebuah GT-R R35 terpakai. Ia di atas RM300K.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button