
#IKLANPILIHAN. TOYOTA LEVIN BZ-R. RARE PUN YE JUGA NI!
Sejak kami buka ruangan ini, datang bermacam-macam permintaan untuk iklankan kereta. Baiklah, setakat hari ini, ruangan ini masih percuma dan bila percuma bukan makna kami iklankan apa sahaja.
Memandangkan suara majoriti dalam pejabat ni tidak terpakai tetapi pemerintahan diktator Abang Japar masih berkuatkuasa, iklan yang anda nampak kat sini adalah pilihan tertentu sahaja. Senang kata, memang ikut tekak Abang Japar je lah. Kalau semua nak post sini baik Abang Japar copy paste carlist dengan mudah je, senang.
kah kah kah!
Jadi, tengah malam semalam ketika nak melelapkan mata sambil belek-belek facebook, melintas iklan ni. Toyota Levin BZ-R. Seingat Abang Japar yang duk main kereta 20 tahun ada kot ini mungkin yang ke 7-8 yang pernah Abang jumpa.
Walaupun namanya Toyota, ia bukanlah dari UMW Toyota. Ia dipasang di Jepun dan ini model JDM yang pernah diimport masuk ketika dulu tapi tak banyak lah.
Ia adalah kereta terakhir Toyota pacuan depan yang menggunakan enjin 4AGE. Berbeza dengan generasi pertama pada 1984 dengan TViS dan kuno, ini adalah varian paling moden di kalangan rangkaian 4AGE.

Enjin empat selinder ni dipadankan dengan 20 injap, empat throttle individu dan transmisi manual enam kelajuan. Pada 1995, ia dianggap teknologi yang sangat canggih bagi standard enjin 1.6 je pun. Kalau tak salah, dalam versi standard ada sekitar 170hp.
Cuma iklan yang ni memang pendek sahaja perinciannya. Tapi kalau kau serius, telefon saja ownernya dan benda boleh bawak bincang ni..
……………………………………………
Levin bzr.55k.perfect condition.nego sampai jadi..detail sila call 0194438447
…………………………………………….
Pendek je. Barang baik tak payah nak explain panjang-panjang dan kereta begini hanya peminat tertentu je sanggup bayar.
Dan kelompok ini biasanya memang dah mahir walaupun setakat tengok gambar.
Hah. Apa lagi?, cepat jangan tunggu dah.
- BACA: MAZDA 3 MPS FULLY LOADED 300HP! BERBALOI BELI!
- BACA: IKLANPILIHAN. NISSAN PULSAR GTiR BABY GODZILLA!
- BACA: IKLANPILIHAN. MERCEDES PIKAP X250D
- BACA: IKLANPILIHAN: PROOTN SATRIA GTi ORI!
- BACA: IKLANPILIHAN: SATRIA NEO 1.5 TURBO!
GALERI