Artikel PilihanIklan PilihanModifikasi

#IKLANPILIHAN: NISSAN GT-R, 800HP FULLY LOADED DENGAN HARGA JACKPOT!

Jarang ada yang sanggup lepaskan kereta pada keadaan begini pada harga menarik. Logiknya senang saja, kau dah belanja sampai enam angka, mana mungkin nak rugi kan?

Tapi dalam dunia ni ada macam-macam orang. Ada yang emmang duitnya banyak dan rugi pun mereka tak kisah pun sebab main kereta adalah hobi. beli, bikin, bawak, boring kemudian jual.

Semalam, kami temui yang ini. Ya. mungkin GT-R paling berbaloi dibeli dengan senarai peralatan yang ada dan modifikasi yang dah dibuat. Ia bukan GT-R taukey kosmetik timbang kilo atau mat MLM selfie bangga dapat pakai GT-R pekak full loan.

Ini GT-R yang menjadikan 911 sebagai sarapan pagi, 458 sebagai makanan tengahari dan meninggalkan Aventador sambil makan karipap sardin. 800HP kalau tak laju lagi kau kena beli Bugatti Chiron keluar kedai lah maknanya.

Iklan ni agak bagus kerana ia adalah dari pemilik sendiri, bukan broker. Senarai pengubahsuaian dan tingkat-taraf yang dibuat juga hampir lengkap.

……………………………………………………….

Year 2008 Nissan GTR35 Stage 3 800hp For Sale !

– 800hp Engine Build by Topracing Garage
– GT800 Hybrid turbo by Topracing Garage 
– Ecutek Engine & Transmission Tunning by Topracing Garage 
– Front AP Racing Break Disc
– 80% New EBC Break Pad
– Full set WALD body kit & Front Fender (Varis Style)
– Rims Rays 57
– Engine service every 5,000km 
– Transmission Oil change every 15,000km
– Original Mileage 36,xxxKM
– Interrior Seat like new 
Price : RM240,000 (Direct Owner)

Reason to sell, Rarely drive this car out, only used once or twice a month !

Call me if you interested, +60182888827

…………………………………………………………………….

Bukan sahaja laju, kosmetik kereta juga telah diubahsuai dengan kit Wald. Rim pun dah tukar dan perbatuannya cuma 36K. sangat rendah untuk sebuah kereta standard keluaran 2008.

Semakan harga pasaran untuk model 2008 standard pekak NIssan GT-R, masih sekitar RM200K – RM220K. Bayangkan cuma tambah RM40K, kau dapat spec macam ni.

GALERI

Google ads
Back to top button