
INI ADALAH ROLLS-ROYCE GHOST SERIES II 2025
Rolls-Royce telah memperkenalkan Ghost Series II untuk tahun 2025, sebuah evolusi kecil dari model popular mereka yang menggabungkan teknologi canggih dengan pengalaman pemanduan dinamik.
Dari segi luaran, Ghost Series II mengekalkan reka bentuk monolitik ikoniknya, namun dengan beberapa penambahbaikan.
Lampu depan dan belakang telah dikemas kini, dengan lampu belakang kini menampilkan dua panel cahaya vertikal yang diilhamkan oleh model Spectre.

Selain itu, gril Pantheon yang diterangi juga memberikan sentuhan elegan pada bahagian depan kenderaan.
Bahagian dalaman kenderaan ini terus menonjolkan kemewahan dengan penggunaan bahan-bahan berkualiti tinggi dan pilihan penyesuaian yang luas.
Sistem infotainmen kini dilengkapi dengan perisian Spirit, yang menyediakan antara muka digital moden, serta aplikasi Whispers, di mana ia membolehkan pemilik mengawal beberapa fungsi kenderaan melalui telefon pintar.

Dari segi prestasi, Ghost Series II masih menggunakan enjin V12 6.75 liter twin-turbocharged, menghasilkan 563hp dan 627 lb-hpft tork.
Bagi mereka yang mencari lebih banyak kuasa, versi Black Badge menawarkan 591hp dan 664 lb-ft tork.
Bukan itu sahaja, suspensi Planar yang terkenal dari Rolls-Royce juga telah diperbaiki untuk memberikan pengalaman pemanduan lebih lancar.
Dengan semua penambahbaikan ini, Rolls-Royce Ghost Series II 2025 mengukuhkan statusnya sebagai kenderaan V12 yang paling canggih dan fokus kepada pemandu pernah dihasilkan oleh Rolls-Royce.
Bagi mereka yang berminat, Ghost Series II kini sudah boleh ditempah dengan harga permulaan sekitar AS$355,000 (RM1,682,700) di Amerika Syarikat.
GALERI:
















