
DINAMIKJAYA MOTORS LANCAR KEMPEN ‘FUEL ON US’ UNTUK PEMILIK BAHARU KIA CARNIVAL
Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, pengedar eksklusif jenama Kia di Malaysia, telah melancarkan kempen “Fuel-on-Us” untuk pembelian model Kia Carnival dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2024.
Melalui kempen ini, pemilik baharu Kia Carnival boleh menikmati subsidi bahan api, memberikan penjimatan berterusan sepanjang pemanduan, sekali gus mengurangkan kos purata setiap kilometer perjalanan mereka.
Kia Carnival yang dilengkapi enjin 2.2L Turbo diesel serta tangki bahan api berkapasiti 72 liter menawarkan kecekapan bahan api cemerlang.
Untuk rekod, dengan kadar penggunaan hanya 6.5L/100km, model ini mampu mencapai jarak perjalanan sekitar 850km dengan satu tangki penuh.

Kecekapan bahan api ini adalah 35 peratus lebih baik berbanding enjin petrol 2.5L biasa, yang membolehkan pemilik menikmati penjimatan besar dalam kos bahan api untuk jangka masa panjang.
Kempen tiga bulan ini sah untuk semua varian Kia Carnival yang didaftarkan sepanjang tempoh promosi dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2024.
Pemilik Kia Carnival akan menerima subsidi harga bahan api selama lima (5) tahun, dengan penjimatan sebanyak RM1.05 seliter diesel tanpa mengira harga bahan api mingguan yang diumumkan.
Untuk menyertai kempen ini, pelanggan perlu mendaftar pembelian Kia Carnival mereka dengan mana-mana pengedar sah Kia dalam tempoh kempen.
Setiap pembelian layak untuk satu (1) penyertaan permohonan dan maklumat lanjut boleh didapati melalui rangkaian pengedar sah Kia.