Artikel Pilihan

INI CABARAN JURUTERA BAGI MEMASTIKAN KERETA ELEKTRIK SENYAP

Tidak seperti kereta yang menggunakan enjin dan menghasilkan bunyi mekanikal, kereta elektrik adalah lebih senyap pada pandangan pengguna biasa seperti kita. Namun cabaran bagi jurutera NVH menjadi semakin besar kerana semua bunyi yang lain sebelum ini ditutup oleh bunyi enjin akan mulai kedengaran

Tanpa bunyi yang datang daripada enjin, motor elektrik sebenarnya tidak berupaya menyembunyikan bunyi lain yang datang menceroboh ruang kabin seperti bunyi daripada sistem penyaman udara, heat pump untuk sistem penyejukan bateri dan juga tayar

Cabarannya disini ialah memastikan semua bunyi yang dihasilkan oleh subsistem ini menjadi lebih rendah berbanding dengan dulu. Sebagai contoh jika anda biasa memandu kereta elektrik, bunyi kipas penyejuk yang diaktifkan semasa anda mulai mengecaj bateri adalah sangat kuat seperti bunyi kipas helikopter.

Adalah mustahil untuk terus menghilangkan terus semua bunyi yang dihasilkan oleh sub sistem ini, melainkan kita menjadikannya lebih senyap dan mengimbangkan bunyi yang dihasilkan oleh deruan angin, bunyi tayar dan juga pergerakan kompopenen mekanikal lain seperti tayar. Jika salah satu bunyi ini, hilang secara psikologinya ia boleh menyebabkan pemandu menjadi bimbang

Sebagai contoh, pemandu menjangkakan mereka perlu mendengar bunyi sewaktu menekan pedal minyak sama seperti memandu kereta berenjin iaitu mendengar bunyi ekzos bagi memastikan kereta elektrik mereka berfungsi dengan baik. Jadi jurutera NVH telah menguatkan bunyi motor elektrik sebagai feedback pada telinga pemandu

Bagi kebanyakan kereta berenjin daripada jenama mewah biasa menggunakan microphone untuk membatalkan bunyi bising yang dah dihasilkan oleh kereta menerusi pembesar suara dengan operasi maksimum sehingga 200hertz. Namun teknologi ini terbatas pada kenderaan elektrik kerana kebanyakan bunyi terhasil pada 600hertz

Disebabkan kereta elektrik adalah lebih berat berbanding dengan kereta berenjin, maka jurutera mengelakkan penggunaan bahan kedap bunyi untuk menjimatkan berat. Pada masa yang sama, kereta elektrik juga perlu menghasilkan bunyi supaya pejalan kaki dan penunggang basikal sedar akan kehadiran kereta elektrik dan ia merupakan ciri keselamatan yang wajib digunakan oleh pengeluar

Google ads
Back to top button