Artikel Pilihan

NGILU TENGOK BUGATTI CHIRON BERGERAK DENGAN RIM TANPA TAYAR

Bugatti Chiron masih kekal berada di tangga teratas takhta supercar sehingga penggantinya tiba menjelang 2024. Dengan harga jutaan RM, setiap komponen dan aksesorinya semesti mahal dan tidak boleh dibeli melalui sopi motorsport. Memang sakit je hati bila tengok Chiron ni cuma bergerak dengan rim tanpa tayar dalam video yang tular di TikTok.

Petikan video tersebut dikongsi oleh jpmcars, seorang broker supercar yang mempunyai ribuan pengikut di platform tersebut. Ia menunjukkan sebuah Chiron berwarna biru yang sedang diturunkan dari sebuah trak flatbed.

Video kemudian menunjukkan hypercar tersebut bergerak turun tanpa tayar belakang dan hanya bergerak di atas rim. Memang rim Chiron ni cukup kukuh untuk menahan daya pecutan hypercar gergasi ini tapi ia tidak direka untuk berfungsi tanpa tayar macam roda kereta api.

Menurut sumber, pemilik Chiron ini telah terlanggar lubang di atas permukaan lebuh raya dan mengakibatkan tayarnya pecah. Beliau kemudian cuba memandu kereta tersebut ke pusat servis tapi gagal. Naya betul kalau pusat servis jauh tapi nak pandu dengan kereta tanpa tayar.

Menurut jpmcars, Chiron ini tidak mengalami apa-apa kerosakan serius tapi rim dan tayarnya perlu diganti. Kosnya pula dianggarkan sekitar USD20,000 (RM91,100) sahaja. Boleh tahan untuk sebiji rim dan tayarnya sekali. Apa macam? Nak berangan pakai Chiron ke? Kos tersebut tentu sekali bukan satu masalah besar untuk mereka yang mampu memiliki Chiron.

Aaa satu lagi jangan harap la nak pakai tayar China yang diwarwarkan setanding dengan tayar berjenama kalau pakai Chiron. Silap-silap baru pakai sebulan dan bersepai atas jalan.

Google ads
Back to top button