KENAPA NISSAN Z NISMO HANYA DITAWARKAN DENGAN TRANSMISI AUTOMATIK – MANUAL MANA MANUAL?
Peminat Nissan khususnya model Z mereka sangat teruja bila terdengar Z NISMO akan dilancarkan. Namun keterujaan mereka sedikit terbantut bila ia cuma ditawarkan dengan pilihan gear auto. Sudah tentu peminat model Z sebelum ini terkejut kerana buat kali pertama dalam sejarah Nissan perkenalkan model Z tanpa pilihan gear manual.

#baikbeli Miata macam Abang Japar kan? Jadi kita dengar apa alasan yang diberikan wakil Nissan dalam satu temubual dengan web japanesenostalgiccar.com
Menurut sumber dalaman telah berlaku perdebatan tentang patut atau tidak gear manual ditawarkan pada Z NISMO. Ujian yang dilakukan menunjukkan walaupun mempunyai kelebihan kuasa dan tork, Z NISMO manual adalah lebih perlahan berbanding Z NISMO dengan gear auto 9-kelajuan. Jadi penyokong gear auto menang mudah dengan alasan mana boleh versi NISMO lebih perlahan daripada versi standard.

Z NISMO menghasilkan 420 hp kuasa maksima dengan tork setinggi 520 Nm tapi ia tidak memberikan kelebihan pecutan kepada varian gear manual walaupun mempunyai lebih 20 hp kuasa berbanding varian auto.
Ujian yang dilakukan oleh Car and Driver untuk kedua-dua transmisi dengan petrol Ron 91 memberikan bacaan berikut:
- Nissan Z 6MT: 0-60 dalam 4.3 saat,
batu dalam 13.0 saat pada 178 kmj.
- Nissan Z 9AT : 0-60 dalam 4.5 saat, ¼ batu dalam 12.7 saat pada 185 kmj.

Nampak tak mana lagi laju. Tapi satu lagi ujian yang dilakukan dengan latar belakang geografi yang berbeza dengan petrol Ron 93 memberikan baccan berikut:
- Nissan Z 6MT: 0-60 dalam 4.1 saat, ¼ batu dalam 12.6 saat pada 185 kmj.
Berdasarkan bacaan di atas kemungkinan besar Z NISMO versi auto dengan Ron 93 mungkin mencatat bacaan di bawah 4.0 saat. Nissan telah merendahkan masa penukaran gear hamper 50 peratus dengan penggunaan plat-plat klac yang lebih kukuh dan merombak kembali perisian transmisi. Setakat ini tiada siapa selain kakitangan Nissan yang pernah menguji Z NISMO.

Paul Hawson, salah seorang pengarah Nissan North America menyatakan yang kebanyakan pemilik NISMO merupakan kaki lumba di dalam litar dan mereka lebih berminat dengan kelajuan. Ia mungkin akan menjadi faktor pelaris Z NISMO automatik. Namun beliau menyambung yang Nissan bersikap terbuka dan jika ada permintaan kemungkinan mereka akan menimbang untuk menawarkan pilihan gear manual.
Akhir sekali sebelum korang mula mengutuk Nissan kononnya tak jantan la kalau tak ada tiga pedal dan sebagainya. Ingat sikit yang Toyota pun pernah menawarkan GR Supra tanpa pilihan gear manual. Mereka kemudiannya menambah pilihan gear manual tahun lepas lepas menerima cadangan dan bantahan daripada warga internet.







