Buletin

INI KELAKAR – BUKTI LAMBORGHINI MURCIELEGO BUKAN UNTUK LELAKI GEMUK (+VIDEO)

Ini sebabnya kereta-kereta sports tidak sesuai untuk lelaki berbadan besar atau gemok gedempol. Lihat sahaja selebriti Hollywood berkulit hitam yang badan sebesar rasaksa, majoriti mereka memilih SUV mewah.

Kereta-kereta sports kebanyakannya direka memang untuk mereka yang bertubuh sederhana. Jika anda gemuk melebihi 100kg, berkemungkinan besar, ia tidak akan muat. 

Dan kalau muat pun nak duduk, mobiliti keluar masuk ke bahagian kabin adalah perkara yang cukup menyeksakan.

Selain dari sempit, kereta-kereta sports seperti Lamborghini dan Ferrari memang tidak mesra pemandu pun. Memandu-undur kereta begini memang mimpi ngeri jika hanya bergantung kepada cermin pandang belakang. Tak nampak pun objek di belakang sebenarnya.

Kesimpulannya, kereta begini hanya sesuai untuk memandu ke depan dan badan mesti bersaiz maksimum macam Abang Japar. 

Kau cuba tengok video di bawah ni. Badan saiz rasaksa dia punya seksa nak keluar dari Lamborghini Murcielago.

 

Google ads
Back to top button