Artikel PilihanBuletin

TAHUKAH ANDA? PEMANDU PALING TERUK? YA. PEMANDU KERETA BMW.

Ini bukan statistik biasa-biasa. Ia adalah hasil penyelidikan yang telah dibuat oleh laman web insurans GoCompare yang berpusat di United Kingdom

Laman web insurans GoCompare telah menemuramah 2,000 orang untuk mengetahui siapa yang mereka anggap sebagai pemandu yang paling teruk di jalan raya UK dan 24 peratus daripada mereka yang ditemubual memberitahu bahawa pemandu kenderaan BMW adalah gangguan terbesar di jalan raya .

Jumlah itu berbeza di setiap negeri, tetapi di bahagian Ireland Utara, pemandu BMW adalah yang paling tidak disukai dengan catatan 35 peratus, diikuti oleh Timur Midlands dengan 31.2 peratus.

Kedua dalam senarai itu adalah pemandu Ford Transit, walaupun dalam kajian yang lain menunjukkan bahawa pemandu van adalah yang paling selamat di Britain. Bagi setiap 100,000 batu (161,000 kilometer) yang dikunjungi, van terlibat dalam 3.8 kali lebih sedikit kemalangan dengan kecederaan daripada kereta.

Terdapat perbezaan yang jelas antara pemandu BMW dan pemandu van mengikut faktor usia. Pemandu berumur antara 45-64 tahun kebanyakannya berfikir pemandu Transit adalah yang paling teruk di jalan raya, tetapi mereka berusia 44 tahun ke bawah menganggap pemandu kereta Jerman adalah yang paling teruk, dengan pemandu Audi menduduki tangga kedua yang paling teruk.

Pemandu teksi hitam (Black Cab) menduduki tangga ketiga dengan lebih daripada 14 peratus daripada tinjauan tersebut. Pemandu Black Cab diundi lebih buruk daripada pemandu Audi, manakala pemandu Ferrari dipilih sebagai kelima terburuk di jalan raya.

Berikut adalah senarai yang dikeluarkan oleh GoCompare.

1. BMW – 24 %
2. Ford Transit – 21.8 %
3. Black Cab – 14.1 %
4. Audi – 9 %
5. Ferrari – 6.3 %
6. Porsche – 5.7 %
7. Subaru – 4.2 %
8. Mercedes – 4.1 %
9. VW Golf – 2.9 %
10. Vauxhall Astra – 2.5 %
11. Toyota Prius – 2.1 %
12. Ford Focus – 1.9 %
13. Lexus – 1.5 %

 

Google ads
Back to top button