Artikel Pilihan

INI KERETA YANG REKAANNYA KEKAL DARI DULU SEHINGGA SEKARANG

Jika anda perhatikan dengan teliti, banyak rekaan kereta atau SUV akan berubah selari dengan peredaran semasa dan juga berdasarkan kehendak rekaan pembeli ketika itu. Maka tidak hairanlah rekaan sesebuah kenderaan akan kerap berubah secara drastik dari satu generasi ke generasi yang lain.

Sebagai contoh Honda Civic FD mengalami perubahan yang ketara daripada generasi sebelumnya menjadi lebih sporti dan kekal sebagai salah satu rekaan Honda Civic paling menarik dalam sejarah. Ia kemudian diganti dengan Civic FB yang lebih matang, diikuti dengan FC yang menjadi sporti dan FE pula kekal matang sama seperti Civic FB

Tapi tahukah anda bahawa sesetengah model ikonik sangat susah untuk diubah rekaannya, dan ia kekal sama walaupun selepas puluhan tahun. Jika rekaan kereta dibawah ini diubah, besar kemungkinan ia akan mendatang kemurkaan pada peminat sejati mereka

Antara contoh kereta yang mengekalkan rekaan yang sama daripada generasi pertama sehinggalah hari ini adalah:

1. Volkswagen Beetle – rekaan asal kereta ini diilhamkan oleh Béla Barényi, seorang jurutera dan inventor daripada Austria, projek ini dicetuskan oleh Adolf Hitler dan disudahkan oleh Ferdinand Porsche. Sehingga hari ini kereta ini memulakan produksi dari penghujung tahun 1940an lagi

Generasi kedua (Volkswagen New Beetle) dihasilkan dari tahun 1998 sehinggalah ke tahun 2011 manakala generasi ke 3 (Volkswagen Beetle A5) dihasilkan dari tahun 2011 ke 2019. Jika anda tengok semua rekaan Beetle, bentuknya hampir sama semuanya walaupun direka oleh orang yang berbeza

Mesti J Mays, Freeman Thomas dan Peter Schreyer (Volkswagen New Beetle) dan Walter de Silva (Volkswagen Beetle A5) susah nak hasilkan rekaan yang berani untuk kereta ini. Kalau ubah, mesti peminat marah.

2. Mini Cooper – atau lebih tepat lagi desebut sebagai Morris Mini Minor direka oleh Sir Alec Issigonis dan dihasilkan oleh syarikat British iaitu British Motor Corporation, British Leyland dan Rover Group. Kereta ini pertama kali dihasilkan pada tahun 1959 sehingga 2000 dalam pelbagai varian

Pada tahun 1994 BMW mengambil alih jenama Rover yang turut memiliki jenama MG, Rover dan Land Rover. BMW menjual semua jenama lain tapi mengekalkan jenama Mini dalam BMW dan menghasilkan rekaan baru Mini dibawah selian Frank Stephenson.

Walaupun lebih besar, tapi rekaan asas, sistem pacuan roda depan, kedudukan enjin dan beberapa ciri unik Mini Cooper masih dikekalkan ketika Mini Hatch diperkenalkan pada tahun 2000.

3. Porsche – pada asalnya Porsche bukanlah sebuah syarikat yang menghasilkan kereta dan menjual kereta, sebaliknya ia adalah sebuah firma kejuruteraan yang akan memberi nasihat teknikal kepada pelanggan mereka terutama Volkswagen. Ya salah satu projek pertama mereka ialah Beetle

Kereta pertama yang dihasilkan dan dijual dengan menggunakan logo Porsche ialah model 356 merupakan projak yang diilhamkan oleh Ferdinand Anton Ernst Porsche iaitu anak kepada pengasas Porsche. Tapi rekaan 356 ini direka oleh Erwin Komenda

Rekaan ini diangkat oleh Erwin sehingga ia digunakan sebagai model 911 pada tahun 1963 dan dijual mulai tahun 1964. Apa yang menarik ialah rekaan klasik 911 ini telah menjadi rekaan asas kepada rekaan 911 yang terkini dengan mengekalkan rekaan asal lampu depan, hud depan, rekaan bumbung dan juga hud belakang.

Malah boleh dikatakan hampir semua barisan model Porsche seperti 718, Panamera, Macan, Cayman dan Cayenne memiliki rekaan depan yang hampir sama dengan rekaan 911 klasik. Sekali tengok kita dah tau ini adalah sebuah kereta jenama Porsche

4. Land Rover Defender – model asal Land Rover Defender diperkenalkan sekitar tahun 1948 di Amsterdam MotorShow di saat banyak negara masih bergelut untuk keluar daripada kemelut perang dunia yang melanda ketika itu.

Model ini turut dikenali sebagai model siri i,ii dan iii dihasilkan sehingga tahun 1985 dengan rekaan asal dikreditkan kepada Maurice Wilks. Pada tahun 1990 nama Defender diperkenalkan kerana model ini banyak digunakan sebagai kenderaan bagi pasukan keselamatan British tapi rekaannya masih lagi mengekalkan rekaan dari siri i,ii dan iii.

Rekaan Land Rover 2020 yang terkini dihasilkan oleh Gerry McGovern kelihatan lebih moden tapi mengekalkan beberapa ciri klasik Land Rover Defender dan dari model sebelumnya seperti rekaan 2 kotak berpetak, lampu depan bulat, tingkap bercermin di bahagian bumbung, rekaan lampu signal dan lampu brek belakang serta tayar simpanan yang digantung pada pintu belakang

Salah satu sebab jurureka bentuk mengekalkan sebahagian besar rekaan dalam kereta-kereta di atas ialah untuk memelihara legasi, nama dan mengekalkan tanda dagang (trademark)yang bernilai tinggi pada model-model di atas.

Google ads
Back to top button