
LEXUS TUTUP TEMPAHAN MODEL NX, LX – TEMPOH MENUNGGU KINI EMPAT TAHUN!
Selain daripada Toyota Land Cruiser yang membuatkan para pembelinya menunggu sehingga empat tahun, hal yang sama turut menimpa divisyen mewah jenama itu, Lexus.
Menurut laporan daripada Automotive News, Lexus Jepun dilapor menutup sementara tempahan bagi model Lexus LX dikhuatiri kenderaan yang ditempah pada hari ini berkemungkinan tidak akan tiba sebelum kemaskini model diperkenalkan.
Malah, tempahan untuk model Lexus NX juga turut ditutup disebabkan tempoh menunggu kini mencecah lebih satu tahun.
Dalam laman web rasmi berbahasa Jepun, Lexus memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi.
“LX model yang sangat popular, bukan sahaja di Jepun malah di seluruh dunia, di mana kami telah menerima tempahan yang jauh melebihi kapasiti produksi kami.
Sebelum ini, syarikat induknya Toyota menghentikan tempahan bagi model SUV off-road Land Cruiser di mana tempoh menunggu bagi model 300 Series itu kini mencecah empat tahun. – Automotive News







