Buletin

INI PERBANDINGAN DI ANTARA KERETA LUMBA SEAT DAN MOTOSIKAL DUCATI MOTOGP

Kereta lumba dan motosikal lumba. Kedua-dua ini menawarkan keseronokan dan keterujaan luar biasa. Namun menghasilkan sesebuah jentera lumba bukanlah sekadar menala dan kemudian mengujinya di litar. 

Dunia perlumbaan moden sekarang ini memerlukan proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang mendalam dan perlu disokong oleh ratusan staf hanya untuk satu musim perlumbaan atau memotong mili saat dalam satu pusingan perlumbaan.

Jadi tidak hairanlah kenapa sukan permotoran adalah yang paling mahal di dunia.

Berikut ialah perbandingan di antara kereta lumba SEAT Leon dan jentera Ducati MotoGP:

Ribuan peralatan – 1400 lwn 2,060

Seat Leon: Untuk menaiktaraf casis standard Leon kepada model Cup Racer, sebanyak 1,400 peralatan diperlukan.

Ducati MotoGP: Berbeza dengan Seat Leon, casis Ducati sememangnya dibina khusus untuk perlumbaan dan walaupun begitu, ia memerlukan 2,060 peralatan untuk menjadikannya sebuah motosikal lumba.

Ratusan jam – 277 lwn 80 jam

Seat Leon: Dari peralatan pertama sehinga kereta siap dibina, masa yang diperlukan ialah sebanyak 277 jam atau bersamaan 11 hari 5 jam.

Ducati MotoGP: Motosikal pula lebih ringkas, memerlukan 80 jam atau bersamaan tiga hari tiga jam.

Nadi jentera – 170 kg lwn 49 kg

Seat Leon: Berat enjin yang menguasakan kereta Leon Cup Racer adalah 170 kg. Ia adalah antara alatan yang pertama perlu dipasang dan untuk tugas itu, enjin perlu diangkat ke ruangnya menggunakan kren.

BACA: MASIHKAH ANDA INGAT TENTANG KERETA INI? PROTON WAJA YANG BERTARUNG DALAM BTCC?

Ducati MotoGP: Semestinya lebih ringan. Berat enjin lumba Ducati ialah sebanyak 49 kg sahaja dan memerlukan tiga orang untuk mengangkatnya secara manual dan dipasang pada casis motosikal.

Tukaran gear – Sembilan milisaat!

Seat Leon: Masa tukaran gear adalah penting dan jika boleh mahu berlumba tanpa gangguan langsung. Model Cup Racer menggunakan transmisi enam kelajuan elektronik DSG dengan pedal penukar pada stereng.

Ducati MotoGP: Motosikal lumba ini pula hanya mengambil masa sembilan milisaat sahaja untuk proses menukar gear. Dalam MotoGP, Ducati bergantung kepada teknologi Seamless bagi membolehkan gear berlaku dalam masa sepantas itu.

Tugasan membrek – Perlahankan kenderaan berkelajuan 267 km/j dan 350 km/j!

Seat Leon: Leon Cup Racer mempunyai kelajuan maksimum 267 km/j. Tugas menghentikan jentera yang pantas dan seberat 1,119 kg itu digalas oleh sistem brek berukuran 378 mm dengan angkup enam omboh.

BACA: BELI DUCATI, PERCUMA SERVIS, ALAT GANTI DAN JAMINAN 2 TAHUN TANPA HAD, NAK APA LAGI?

Ducati MotoGP: Motosikal lumba ini pula lebih pantas. Kelajuan maksimum ialah 350 km/j dan ia dihentikan oleh cakera brek 340 mm dengan empat omboh. Bukan setakat laju tetapi ringan, motosikal itu hanya seberat 157 kg. Perlu lebih cekap untuk jentera yang lincah.

Google ads
Back to top button