Motosikal

MOTOGP AUSTRIA: DOVIZIOSO BERMAIN DENGAN SAYA SEWAKTU BERENTAP – MARQUEZ

Marc Marquez mengatakan yang Andrea Dovizioso sengaja ‘bermain-main’ dengan beliau sebagai salah satu strategi pelumba Itali itu dalam perlumbaan di Republik Czech beberapa hari lepas.

Juara dunia MotoGP tersebut berkata sedemikian kerana merasakan pelumba Ducati itu sentiasa bermain-main dengan pendikit pada laluan lurus untuk merosakkan rentak beliau sebelum memasuki selekoh akhir dan menyaksikan persaingan sengit antara keduanya yang kemudiannya berpihak kepada Dovizioso.

Sebagai makhluk asing yang sentiasa ‘sejuk’, Marquez tidak memprotes taktik tersebut yang digunakan oleh pencabar terdekat beliau dan memilih untuk tidak membuat gerakan balas yang agresif. Ini kerana beliau merasakan tempat kedua sudah mencukupi sebagai bekal untuk merebut kejuaraan dunia musim 2019 ini.

“Sewaktu perlumbaan berbaki 6 atau 7 pusingan beliau sentiasa bermain dengan saya. Dovi menutup pendikit beberapa kali pada laluan lurus dan beliau juga mempunyai cengkaman yang lebih baik sewaktu mengambil selekoh,” jelas Marquez. Marquez mempunyai brek yang lebih baik tetapi risiko penggunaan brek memang sangat tinggi.

Marquez cuba menahan diri dari melakukan tindakan berbahaya asalkan dapat menamatkan perlumbaan dengan selamat. Memang itu yang penting sebenarnya, apa guna kalau asyik mendahului dari awal sampai akhir tapi akhirnya terbabas pada saat-saat akhir. Tambahan pula selepas tamat perlumbaan, Marquez masih mendahului dengan 58 mata di hadapan Dovizioso di tempat kedua keseluruhan.

Dovizioso ketika ditanya tentang perkara itu mengakui yang beliau melakukannya sebanyak dua kali untuk merosakkan rentak brek Marquez. Sudah tentu jika berjaya mengatasi Marquez dengan cara biasa beliau akan melakukannya tetapi pelumba seperti Marquez mampu mengenakan brek lebih lewat selepas dipotong dan dengan mudah akan mengatasi pelumba lain. Itulah kelebihan Marquez sebenarnya di mana beliau mampu mengawal brek dengan cukup baik.

BACA: “LAUNCH CONTROL ROSAK!”-HAFIZH

BACA: CHASIS KTM MEMANG TERUK! – ZARCO

BACA: MOTOR KTM LEBIH BANYAK MASALAH – ROSSI

BACA: KONTRAK HAFIZ DENGAN KTM TAK DISAMBUNG

Google ads
Back to top button