
SAYA HARAP KESUKARAN DUCATI AKAN BERTAMBAH – VALENTINO ROSSI
Ini doa ke apa Abang Rossi weh? Kenapa cakap macam tu? Mahu taknya, kedudukan Rossi di tempat kedua akan semakin goyah walaupun beliau belum putus semangat. Ini kerana pencapaian kedua-dua pelumba Ducati kini semakin baik dan kemungkinan besar menjejaskan usaha Rossi memburu kejayaan.
Walaupun berada di tempat keempat di GP Czech Ahad lepas dan satu pencapaian yang dikira agak baik tapi kemenangan 1-2 Ducati tidak harus dipandang remeh oleh mana-mana pelumba. Rossi cukup yakin yang Andrea Doviziosi mampu menggugat kedudukan beliau sekarang.
Rossi bermula dengan baik pada perlumbaan Ahad lalu dengan berada di kelompok lima terhadapan untuk merebut kedudukan podium tapi seperti biasa jentera M1 beliau kelihatan sentiasa ditimpa masalah dengan kawalan tayar belakang menyebabkan Rossi terpaksa bergelut untuk kekal bersaing dengan Dovizioso, Lorenzo dan Marquez.
Kegagalan rakan sepasukan beliau Maverick Vinales menamatkan perlumbaan dan Johann Zarco yang hanya berjaya menggapai tempat ketujuh mengukuhkan lagi kedudukan Rossi di tempat kedua tapi kini 19 mata yang memisahkan beliau dan Dovizioso cukup membimbangkan Rossi.
Ia merupakan perlumbaan yang baik kerana beliau berjaya mengatasi Vinales dan Zarco, jelas Rossi tapi masalah muncul dengan peningkatan yang dipamerkan oleh dua pelumba Ducati.
BACA: DUCATI KUASAI MOTOGP CZECH. ROSSI GAGAL PODIUM WALAUPUN DAHULUI PERLUMBAAN
Walaupun bermula dengan cukup baik dan kekal kompetitif pada satu peringkat tayar belakang Rossi mula kehilangan cengkaman dan mengganggu kuasa pecutan. Kedudukan Rossi mula tergugat dan menyebabkan beliau kehilangan peluang menaiki podium.
Masalah ini mula dikesan sewaktu sesi ujian. Pasukan Yamaha Movistar tahu yang kedua Ducati dan Marquez adalah lebih kuat dan mereka membuat pilihan tayar yang betul dengan menggunakan tayar yang lebih keras di belakang. Rossi mampu menyaingi Crutchlow pada peringkat awal tetapi tidak mencukupi untuk podium.
Saya berharap untuk memecut dengan lebih laju tapi semua orang berjaya memperolehi tetapan tayar belakang yang lebih baik. Suhu yang sedikit menurun juga membantu walaupun tidak ketara sangat.
Yamaha M1 yang ditunggang Rossi memang mampu memecut dengan lebih baik berbanding GP18 dan RC213V tapi kedua-dua Honda dan Ducati mampu menggunakan tayar dengan lebih baik sekaligus membimbangkan Rossi. Yamaha juga sentiasa kompetitif dalam sesi ujian tetapi masalah sentiasa timbul dalam peringat separuh masa kedua perlumbaan.
Kini Rossi hanya mampu berdoa untuk perlumbaan yang lebih baik di Austria selepas ini.