Buletin

BRIDGESTONE PERKENAL ECOPIA EP300

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Bridgestone yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam membangunkan tayar berteknologi tinggi dan mesra alam, telah mengumumkan tayar ‘Passenger Radial Ecopia EP300’ sebagai produk keluarannya yang terkini.

Diletakkan sebagai tayar mesra alam, EP300 menawarkan rintangan putaran yang rendah, prestasi cengkaman yang unggul, serta jangka hayat penggunaan yang lebih lama. Menerusi konsep rekabentuk dan penerapan kejuruteraan yang inovatif, EP300 mengorak ke hadapan dan mentakrifkan semula konsep tayar mesra alam ke tahap yang lebih tinggi.

EP300 yang diwarisi dari keluarga Ecopia, telah diuji dan terbukti mampu mencapai penjimatan bahan api sehingga 2-liter bagi setiap tangki penuh berbanding tayar konvensional. Dalam ujian perbandingan antara EP300 dengan generasi Ecopia terdahulu, keputusan menunjukkan bahawa teknologi dan konsep rekabentuk baru yang digunakan, membantu mengurangkan penggunaan bahan api disamping menawarkan jarak perjalanan tambahan sehingga 11.2 kilometer.

BACA: SYARIKAT TAYAR JEPUN, BRIDGESTONE BERJAYA SELAMATKAN LAGENDA JAGUAR XJ220

Ecopia EP300 boleh didapati dalam 13 saiz berbeza dan bakal memasuki pasaran secara berperingkat tidak lama lagi. Untuk maklumat lanjut, kunjungi pengedar sah Bridgestone yang berhampiran dengan anda.

Tags
Google ads
Back to top button
Close