INI RUANG BEREHAT UNTUK JURUTERBANG, SIAP ADA KATIL PERIBADI
Monica Humphries iaitu salah seorang penulis bagi lawan sesawang Insider mendedahkan dia berpeluang untuk melihat dan melawat ruang rahsia bagi juruterbang berehat seketika. Dalam perjalanannya dengan syarikat penerbangan Air New Zealand dari Auckland ke Los Angeles, Monica diberi peluang melihat dengan sendiri ruang rehat juruterbang
Ruang ini disediakan bagi perjalanan jarak jauh seperti dari Auckland ke Los Angeles yang mengambil masa sehingga 12 jam dengan menggunakan pesawat Boeing 777-300 ER (Extended Range). Bagi perjalanan jauh ini, Air New Zealand menyediakan 2 juruterbang yang akan menerbangkan pesawat ini mengikut shift yang ditetapkan
Selain itu ruang ini juga dilengkapi langsir untuk privasi, lampu LED, selimut, cadar dan juga ruang untuk menyimpan uniform tambahan selain daripada TV LED jika juruterbang ingin berhibur seketika.
Semasa tidak bekerja, mereka akan berehat di satu ruangan khas yang disediakan untuk mereka dimana jurterbang ini boleh tidur dalam perjalanan tanpa diganggu oleh penumpang dan kakitangan yang lain.
Pintu masuk ke ruang rehat ini sebenarnya direka khas agar ia tidak kelihatan pada mata penumpang dan diletakkan antara ruang kokpit dan penumpang
Sebaik sahaja pintu dibuka, akan ada anak tangga khas untuk ke bilik juruterbang berehat yang diisi dengan 2 sofa yang boleh dilaras serta 2 ruang khas dengan tilam bagi juruterbang berehat. Mengikut garis panduan FAA (Federal Aviation Authority), setiap pesawat perjalanan jarak jauh mesti menyediakan 2 juruterbang untuk bertugas mengikut shift
2 lagi juruterbang akan berehat di ruang khas sementara menunggu giliran mereka bertugas. Semua tilam dan sofa dilengkapi dengan tali pinggang keselamatan dan telefon khas bagi kakitangan lain menghubungi mereka sekiranya diperlukan