Buletin

LEBIH 12 RIBU X-TRAIL BAHARU DITEMPAH DALAM 2 MINGGU DI JEPUN!

Di beberapa pasaran utama dunia, Nissan telah melancarkan X-Trail generasi ketiga. Di Amerika Syarikat, X-Trail dikenali sebagai Rogue dan dilancarkan pada tahun 2020. Di China pula pada tahun 2021 dan pada tahun ini di Australia dan terbaru di Jepun pada 25 Julai lalu.

Tahukah anda berapa tempahan yang Nissan terima? Dalam tempoh sekitar dua minggu atau setakat 7 Ogos sebanyak 12,213 unit X-Trail ditempah pengguna Jepun!

Prestasi itu telah memecahkan rekod X-Trail dalam sejarah dengan lebih 10 ribu tempahan dalam tempoh paling singkat selepas pelancarannya sebagai kenderaan janaan e-POWER.

Walaupun dilancarkan terlebih dahulu di negara lain, X-Trail pasaran Jepun istimewa dengan nadi e-POWER di mana enjin pembakaran dalaman hanya berfungsi sebagai penjana (generator).

Fungsi enjin petrol adalah untuk membekalkan tenaga dan roda digerakkan oleh motor elektrik. Di antara model Nissan yang menggunakan e-POWER ialah Note, Kicks, Serena, Sylphy dan Qashqai.

Pakej e-POWER pada X-Trail berbeza dengan model lain dan digerakkan enjin 1.5 liter VC Turbo dan pilihan pacuan 2WD atau empat roda e-4ORCE.

Berdasarkan tempahan setakat ini, lebih 90 peratus pelanggan memilih pacuan e-4ORCE dan lebih 60 peratus memesan X-Trail G yang merupakan varian tertinggi.

Varian kedua paling popular ialah X-Trail X sebanyak 37 peratus dan baki dua peratus untuk X-Trail S.

Berkenaan warna, majoriti atau sebanyak 29 peratus pelanggan memilih Brilliant White Pearl dan diikuti Diamond Black sebanyak 21 peratus. Brilliant White Pearl/Super Black pula warna dua tona paling popular.

Selain itu, lebih 70 peratus pelanggan memilih sistem navigasi NissanConnect untuk X-Trail mereka.

Di Jepun, X-Trail e-POWER dijual dari 3,198,800 yen (RM105,910) hingga 4,499,000 yen (RM148,959).

BACA: NISSAN CARAVAN AUTECH UNTUK JEPUN, VAN DENGAN IMEJ SPORTI DAN MEWAH!

BACA: NISSAN Z MASUK AUSTRALIA, DARI RM225K, ADA MANUAL DAN AUTOMATIK

BACA: NISSAN ALMERA 2022 DIPERKENAL DI THAILAND, BUMBUNG HITAM ENJIN KEKAL 1.0L TURBO

Kredit foto: Nissan

brilliant white pearl29%
diamond blacktwenty one%
Google ads
Back to top button