Artikel Pilihan

INI SENARAI 10 KERETA YANG PALING “LICIN” MACAM BELUT SEPANJANG ZAMAN

Aerodinamik merupakan kajian bagaimana udara bertindakbalas apabila sesebuah objek melaluinya. Kajian ini merupakan salah satu cabang kajian dalam fizik yang juga disebut sebagai fluid dynamics. Ia meliputi kajian kapal terbang, kereta, roket, motosikal dan juga lori

Terdapat 4 daya yang akan bertindak apabila sesebuah objek melalui udara, antaranya ialah:

1. Berat objek – akan bertindakbalas dengan graviti bumi

2. Lift atau daya angkat – daya tindakbalas tehadap graviti, bertindak ke arah bertentangan

3. Thrust / tujahan – daya yang menggerakkan objek ke arah depan

4. Drag atau seretan – daya yang bertindak pada arah bertentangan dengan tujahan

Semakin aerodinamik sesebuah kereta atau objek, semakin lancar pergerakannya pada halaju tinggi ketika bergerak laju dalam udara disebabkan kurangnya rintangan udara pada objek. Bagi mengukur betapa mudahnya sesebuah kereta meluncur melalui udara, satu nombor yang dipanggol pekali geseran (Coefficient of drag) akan diberikan pada kereta.

Semakin rendah nilai CoD ini, semakin mudah kereta melalui udara pada halaju tinggi. Berikut ialah senarai kereta 10 nilai pekali geseran yang rendah pernah dihasilkan

1. Saab 92 – merupakan sebuah syarikat yang pernah mengeluar kapal terbang pada awal penubuhannya. Walaupun syarikat ini telah bankrap, Saab pernah menghasilkan model Saab 92 dengan pekali geseran serendah 0.230 pada tahun 1951. Antara teknik yang digunakan oleh Saab termasuklah lampu depan terbina dalam panel badan

2. Toyota Prius – merupakan model hybrid yang paling laris setakat ini dengan 5 juta unit telah terjual sehingga bulan September 2022. Berbanding dengan model lama, model baru menjadi semakin besar mnyebabkan pekali geseran naik 0.03 kepada 0.27 untuk model terbaru

3. Opel Calibra – merupakan kereta penumpang biasa sahaja namun apabila ia dihasilkan pada tahun 1989 ia datang dengan pekali geseran serendah 0.26 sahaja. Keputusan ini diperoleh ketika ujian terowong angin di Belanda dengan rekaan flush door handle, mengecilkan ruang antara panel dan merendahkan shoulder line kereta. Angka ini kemudian dipintas oleh Honda Insight dengan nilai 0.25

4. Porsche Taycan – merupakan EV pertama keluaran Porsche dengan rekaan 800 Volt dengan rekaan luar dihasilkan dengan bantuan supercomputer yang mengira dynamic flow. Ini membolehkan Taycan mendapat pekali geseran yang sangat rendah iaitu 0.22 sahaja manakala varian Turbo mendapat CoD 0.25

5. Hyundai Ioniq 6 – EV yang dibangunkan khas oleh Hyundai diilhamkan daripada rekaan beberapa model terkenal seperti Saan Ursaab, Phantom Corsair dan Stout Scarab bagi rekaan yang aerodinamik. Secara keseluruhan Ioniq 6 menggabungkan rekaan moden dan klasik bagi mencapai pekali geseran yang rendah iaitu pada 0.21 sahaja.

6. Tesla Model S – merupakan model pertama yang mewah dihasilkan oleh Tesla pada tahun 2012 dengan pekali geseran 0.24 sahaja. Namun baru-baru ini laman sesawang Tesla mendedahkan bahawa model ini telah ditambahbaik dengan nilai CoD menjadi semakin rendah pada 0.208. Dengan 3 motor elektrikm Model S Plaid boleh memecut 0-100km/jam dalam masa 2.07 saat.

7. Mercedes EQS / Lucid Air – nilai yang diperolehi oleh Tesla Model S tidak bertahan lama dengan Mercedes EQS berjaya menghasilkan pekali geseran 0.202. Namun pesaing Tesla iaitu Lucid dengan model Lucid Air berjaya mengalahkan Tesla Model S dan Mercedes EQS dengan angka 0.197 sahaja lebih rendah daripada sasaran awal iaitu 0.21

8. GM EV1 – merupakan EV pertama yang dihasilkan oleh GM yang ditawarkan kepada pelanggan melalui proses langganan. Dengan saiz yang kecil memuatkan 2 penumpang sahaja, GM menghasilkan kereta ini dengan rekaan paling aerodinamik, memberikan nilai 0.19 sahaja ketika ujian dijalankan

9. Volkswagen XL1 – kereta hibrid turbodiesel lengkap dengan sistem plug-in dan menjana sekitar 68 kuasa kuda. Rekaan luar XL1 memang agak pelik dan juga dihasilkan daripada komposit. Model prototaip berupaya mendapat angka 0.159 manakala bagi versi pengeluaran ia ditetapkan pada 0.189. Seliter diesel membolehkan kereta ini dipandu sejauh 110km

10. Panhard CD LM64 – pada asalnya direka dengan pekali geseran 0.22 dan direka untuk berlumba di litar Le Mans 24 jam. Aerodynamicist Lucien Romani telah bekerjasama dengan jurureka bentuk Panhard Charles Deutsch telah melakukan beberapa pembaharuan pada model LM64. Antaranya ialah menutup lampu depan, menutup perumah tayar, dan memasang 2 sirip di bahagian belakang untuk menjadi CoD pada 0.12 sahaja.

Google ads
Back to top button