TOYOTA VIOS 2023 RAIH SKOR 5 BINTANG UJIAN KEMALANGAN ASEAN NCAP
Walaupun telah dilancarkan 5 bulan yang lepas, Asean NCAP baru sahaja mengeluarkan keputusan ujian kemalangan Toyota Vios 2023 serba baru pada hari ini. Ujian ini menyaksikan model Vios terbaru yang dibangunkan dengan menggunakan platform DNGA ini lulus dengan cemerlang dalam ujian kemalangan mengikut protokol ujian yang terbaru
Dalam ujian yang dijalankan ini, Toyota Vios 2023 berjaya meraih skor 5 bintang dan juga markah 78.7% daripada 4 ujian yang dijalankan. Pecahan markah yang diperolehi oleh Toyota Vios 2023 termasuklah 35.25% bagi perlindungan penumpang dewasa, dan 16.64% bagi penumpang kanak-kanak,
Toyota Vios 2023 juga mendapat markah 16.08% bagi teknologi untuk mengelakkan kemalangan berlaku dan 10.73% bagi perlindungan kepada penunggang motosikal dan pengguna jalan raya yang lain. Toyota Vios diberikan 6 beg udara, 2 poin ISOFIX untuk kusyen di bahagian belakang, kamera 360 darjah, brek ABS, ESC dan 4 sensor parkir depan belakang
Pakej Toyota Safety Sense untuk Vios 2023 pula merangkumi Pre-Collision System, Lane Departure Warning, Lane Departure Prevention, Lane Keeping Control, Auto High Beam, Adaptive Cruise Control, Front Departure Alert, Pedal Misoperation Control, 3D Panoramic View Monitor, dan Blind Spot Monitor (BSM) serta Rear Cross Traffic Alert