Artikel Pilihan

SENARAI KERETA IIHS 2021 TOP SAFETY PICKS+ YANG DIJUAL DI MALAYSIA

Setiap tahun Insurance Institute for Highway Safety akan mengeluarkan senarai kereta yang diuji sepanjang tahun dan menunjukkan keputusan yang sangat bagus dalam ujian kemalangan kelolaan mereka. Senarai ini akan membantu pembeli baru membuat keputusan pembelian untuk kereta yang selamat bagi kegunaan keluarga mereka

Semua kereta ini akan dipilih berdasarkan keputusan BAGUS ujian kemalangan “small overlap” di bahagian pemandu & penumpang depan, ujian kemalangan bahagian depan, memiliki kekuatan kerangka bumbung yang teguh dan diuji dalam protokol “head restraint test”.

Kenderaan yang diuji juga mesti lulus ujian teknologi pencegahan kemalangan (AEB & Sensing) dan juga dipasang dengan teknologi lampu terkini. Ini termasuklah penggunaan lampu LED, kebolehan lampu depan membantu di selekoh (curve assist), lampu tinggi (high beam assist) dan juga jarak suluhan yang bagus

Antara kereta yang mendapat Top Safety Pick 2021 IIHS yang dijual di Malaysia termasuklah:

1. Kategori Small Car – Honda Civic FE 2022, Hyundai Elantra 2021, Mazda 3 Sedan & Hatchback dengan i-Active Sense Technology, Toyota Corolla, dan Subaru XV. Walaupun dikategorikan sebagai Small, semua kereta ini berada dalam segmen C di Malaysia

2. Kategori Mid Size Car – Honda Accord 2021, Mazda 6 dan Toyota Camry. Semua kereta ini berada dalam segmen D untuk pasaran Malaysia

3. Kategori Midsize Luxury Car – BMW 2 Series Gran Coupe 2021, BMW 3 Series 2021, Lexus ES 350, Volvo S60 Recharge, Volvo V60, Mercedes Benz C Class 2022

4. Kategori Large Luxury Car – Volvo S90 Recharge, Audi A6 2021

5. Kategori Small SUV – Mazda CX-3, Mazda CX-5, Mazda CX-30, Volvo XC-40

6. Kategori Midsive SUV – Hyundai Palaside 3.8, Mazda CX-9, Mercedes Benz GLE, Volvo CX-60 Recharge, Volvo XC90 Recharge

7. Kategori Minivans – Honda Odyssey

Senarai di atas hanya meliputi kenderaan yang berjaya mendapat markah yang bagus dan diberi penarafan Top Safety Pick+ dengan markah yang lebih tinggi berbanding dengan Top Safety Pick. Anda boleh melihat senarai penuh di laman Insurance Institute for Highway Safety

Senarai ini juga hanya terpakai pada semua kenderaan yang dijual dengan teknologi mengelakkan kemalangan sahaja seperti amaran pra-perlanggaran, brek pra-perlanggaran, sistem amaran LDW, LKA, amaran titik buta dan lain-lain ciri yang ada pada teknologi sensing.

Google ads
Back to top button