Buletin

MAZDA SERIUS MAHU JADI JENAMA AUTOMOTIF MEWAH SEBENAR

Pada masa akan datang, Mazda mahu menjadi sebuah jenama alternatif kepada jenama premium tradisional dan mampu mengisi kekosongan yang masih wujud di dalam pasaran mewah.

Dalam satu temubual bersama Autocar, bos Mazda Uk Jeremy Thomson berkata, “Mazda tidak akan mengikut rentak jenama premium Jerman disebabkan jenama itu sudah pun mampu memenuhi keperluan sedia ada, dan agak mustahil untuk mengalahkan mereka.

Ini bermakna, Mazda tidak akan menjadi jenama Mercedes, BMW atau Audi Jepun, sebaliknya mahu menawarkan sesuatu yang lebih segar untuk pasaran kereta premium.

Beliau menambah, masih lagi terdapat ruang di dalam segmen mewah bagi kenderaan high-end Jepun, dan tidak mustahil mereka akan bersaing secara terus dengan jenama Jepun sedia ada seperti Lexus.

Untuk itu, Mazda mempunyai platform pacuan roda belakang (RWD) yang bakal melahirkan model-model SUV seperti CX-60 sehingga CX-90, sehinggalah kepada penawaran enjin enam silinder sebaris dan trenkuasa plug-in hybrid (PHEV).

Sumber: Autocar

Google ads
Back to top button