Artikel PilihanBuletin

INI TIP MEMANDU DALAM HUJAN DAN BANJIR

Negara kita mempunyai dua musim yang paling mudah diingati iaitu hujan dan panas. Ada juga yang kata musim durian pun patut diambil kira.

Apabila tiba musim hujan, keadaan jalan raya terdedah kepada pelbagai risiko dek kerana jarak penglihatan yang tidak jelas dan air yang banyak di atas permukaan jalan.

Memandu dalam keadaan seperti ini tidak mudah terutama sekali apabila berhadapan dan kaedah paling mudah ialah memandu perlahan.

Selain terdapat juga tip pemanduan seperti yang dibawakan oleh IAM RoadSmart iaitu cabang perniagaan Institute of Advanced Motorists (IAM) yang merupakan sebuah organisasi tentang keselamatan jalan raya.

Menurut Richard Gladman, Ketua Standard Pemanduan dan Tunggangan IAM RoadSmart terdapat tiga situasi utama apabila berhadapan dengan hujan dan berikut ialah tip yang diberikan beliau:

1. Hujan lebat

Jarakkan kenderaan

Dalam keadaan sebegini, jarak penglihatan akan terjejas. Apa yang boleh dibuat ialah memandu dengan kelajuan perlahan.

Kaedah yang biasa digunakan ialah melalui peraturan dua saat iaitu anda perlu menjarakkan kedudukan kenderaan dengan kenderaan hadapan mengikut kiraan dua saat.

Itu sebenarnya pada waktu cuaca baik. Dalam keadaan hujan jarak atau kiraan tersebut perlu ditambah lagi sekurang-kurangnya empat saat daripada kenderaan hadapan.

Cermin mesti bersih, semburan air perlu baik

Cermin hadapan kenderaan mesti bersih, penggilap cermin beroperasi dalam keadaan baik dan semburan air penggilap perlu tepat pada cermin dan bukan terus menghala sehingga ke kenderaan belakang.

Kaedah yang baik ialah cermin perlu dibersihkan dahulu dan buang apa-apa yang menghalang sebelum memulakan perjalanan.

Selain itu memandangkan kereta sekarang banyak yang sudah dilengkapi lampu automatik, periksa juga tahap atau dalam keadaan bagaimana lampu akan terpasang.

2. Aquaplaning:

Ini juga situasi yang bahaya. Apabila terdapat lopak air atau takungan air di atas permukaan jalan, terdapat risiko berlakunya aquaplanning.

Keadaan ini disebabkan oleh bunga tayar tidak dapat menyingkir air mengikut jumlah sepatutnya.

Aquaplanning berlaku apabila takungan air mengangkat tayar kereta daripada menyentuh permukaan jalan raya.

Apabila keadaan ini berlaku, kurangkan kelajuan kereta secara lembut, pegang stereng dengan kemas dan pastikan stereng tidak diputar secara tiba-tiba.

Tayar kenderaan akan kembali mencengkam selepas melalui air tersebut.

3. Banjir

Soalan pertama yang patut ditanya ialah boleh tidak gunakan laluan lain? Jika jawapannya tidak maka eloklah pemandu mengenal pasti sedalam mana air banjir tersebut.

Jika kedalaman lebih daripada enam inci lebih baik elak laluan tersebut.

Satu lagi tip untuk mengenal pasti kedalaman banjir ialah membandingkannya dengan pembahagi jalan.

Selain itu ada juga punca lain yang menyebabkan banjir seperti paip air pecah.

Ini juga berbahaya kerana air yang bertakung disebabkan paip pecah nampak seperti banjir biasa namun dibawahnya mungkin telah rosak.

Satu lagi cara mudah ialah perhatikan kereta yang sama dengan kenderaan anda adakah mereka selamat laluan tersebut.

Jika tidak, pemandu perlu membuat keputusan sendiri.

Berkenaan dengan air, kena periksa dahulu dan apabila arus bergerak laju jangan cuba untuk meredahnya.

Apabila sudah mengambil kira semua aspek dan nekad untuk terus memandu dalam banjir sila pastikan anda harunginya dengan perlahan.

Untuk kenderaan manual, tekan klac dengan perlahan dan gunakan pedal minyak secara lembut supaya kuasa enjin bertambah.

Kaedah ini sama seperti mula bergerak di kawasan curam atau bukit dan ia sebenarnya dapat menghalang air daripada masuk ke dalam ekzos.

Untuk kenderaan automatik, pandu sedikit laju tetapi kawal kelajuan menggunakan brek.

Selepas melepasi banjir uji brek anda supaya ia kering dan bergerak sempurna.

Apabila berasa kurang yakin, pusing sahaja dan tidak perlu lalui banjir. Sesetengah kereta penumpang moden mempunyai intake kemasukan udara di bawah arka roda dan berkemungkinan berada di bawah paras air.

Jika air masuk ke dalam kereta akan terjadi satu masalah iaitu hydro lock dan enjin terus terhenti.

Sentiasa perhatikan orang sekeliling. Jangan pandu laju seterusnya menyimbah mereka dengan air jalanan. Sama ada pejalan kaki atau penunggang motosikal, perhatikan mereka dan pandu dengan cermat.

Google ads
Back to top button