Artikel Pilihan

AQUAPLANING, PUNCA KERETA TERBABAS DALAM HUJAN

Aquaplanning ataupun hydroplanning merupakan satu fenomena yang terjadi tayar kereta hilang cengkaman dengan permukaan jalan akibat satu lapisan air yang wujud antara tayar dan juga jalan. Ia akan mengakibatkan tayar gagal memberikan respon pada input pemandu termasuklah mengawal stering ataupun membrek.

Jika keempat-empat tayar mengalami aquaplanning secara serentak, maka kebarangkalian untuk kereta terbabas adalah tinggi. Secara mudahnya aquaplanning akan terjadi jika anda memandu melebihi halaju tertentu di atas lopak air yang kedalamannya melebihi kedalaman 3mm. Keadaan ini boleh bertambah buruk jika tayar kereta sudahpun haus melebihi kedalaman yang ditetapkan iaitu 1.6mm

Tanda-tanda anda sedang mengalami aquaplanning

  1. Meter RPM menjadi tinggi dengan tiba-tiba dan bunyi enjin menjadi kuat
  2. Roda Steering menjadi ringan dengan tiba-tiba
  3. Bahagian belakang kereta mulai hanyut seolah-olah anda sedang drift
  4. Kereta terbabas pada arah lain walaupun anda cuba menuju ke arah lain

Jika kejadian aquaplanning di jalan yang kosong, ia tidak menjadi risiko. Namun sekiranya aquaplanning ini berlaku ketika selekoh ataupun anda memandu laju di lebuh raya, kereta anda mungkin akan terbabas menghentam guard rail, melanggar kereta lain ataupun terbabas ke dalam longkang

Faktor-faktor yang menyebabkan aquaplanning

1. Jalanraya yang biasa menggunakan premix atau diturap dengan batu dan tar akan mudah rosak dan menyebabkan air akan bertakung di atas permukaan jalan. Lebuhraya yang menggunakan konkrit biasanya kurang berisiko untuk rosak dan menyebabkan aquaplaning

2. Sudut permukaan jalan juga memainkan peranan yang penting. Sewaktu jalan diturap jurutera perlu memastikan jalan mempunyai ketinggian yang berbeza agar air hujan dapat mengalir ke tepi jalan dengan mudah

3. Ketebalan bunga tayar juga memainkan peranan yang penting. Tayar yang baru memiliki tebal 8mm berbanding dengan tayar separa haus 4mm dan tayar dengan ketebalan minima 1.6mm yang lebih mudah untuk mengalami aquaplaning

4. Tekanan angin juga memainkan peranan yang penting. Tayar dengan tekanan angin yang kurang menyebabkan tayar menjadi lembik dan air susah untuk dikeluarkan

5. Tayar lebar akan mudah mengalami aquaplaning berbanding dengan tayar yang kurang lebar

6. Lebih berat kenderaan lebih susah untuk ia mengalami aquaplaning, dengan syarat tekanan angin hendaklah mengikut cadangan pengeluar

7. Kereta dengan berat yang tidak sekata akan lebih cenderung untuk mengalami aquaplaning. Contohnya kenderaan 4×4 yang memiliki berat di depan disebabkan enjin dan ringan di bahagian belakang adalah mudah untuk mengalami aquaplanning

Sumber : Sinar Harian

Apa yang perlu dilakukan jika anda mengalami aquaplanning?

1. Bawa bertenang dan tekan pedal brek dengan lembut. Jika brek ditekan kuat ada lemungkinan besar kereta anda akan berpusing melainkan anda bercadang untuk drift

2. Lepaskan pedal minyak dan hanya tekan pedal apabila anda nampak permukaan jalan yang kering

3. Pegang steering dengan sekuat hati ataupun tekan stering supaya ia sentiasa lurus ke depan

4. Jika terdapat jalan yang kosong ataupun ruang yang kosong dan kering, halakan kereta ke arah ruang tersebut sekiranya keadaan adalah selamat

Bagaimana untuk mengelakkan aquaplanning

1. Pastikan anda sentiasa memeriksa keadaan tayar setiap bulan dan sebelum memulakan perjalanan. Tak mengapa jika anda masih menggunakan rim besi atau rim standard asalkan anda mampu menukar tayar baru jika diperlukan. Tayar yang bagus mampu menyingkirkan satu baldi air dalam masa kurang 7 saat

Pilih tayar yang memiliki longkang (groove) yang besar bagi memudahkan air keluar dari tayar. Groove yang berbentuk V adalah lebih baik daripada groove yang berbentuk lurus. Namun kelemahan tayar ini ialah ia akan bising sedikit.

2. Pastikan anda memandu mengikut halaju yang dibenarkan dan kurangkan halaju jika hujan mulai turun dan jalan mulai basah. Jika tayar anda sudah berusia, perlahankan lagi halaju anda. Laju-laju kalau ke kubur pun tak guna jugak

3. Sekiranya boleh, pastikan anda memandu dengan mengikuti kenderaan lain yang sama lebar dengan kereta anda. Jalan yang sudah dilalui oleh kereta di depan akan menjadi lebih kering

4. Matikan fungsi pemanduan Autocruise kerana ia berisiko untuk menyebabkan aquaplaning menjadi lebih teruk.

5. Sekiranya perlu, berhenti seketika di hentian R&R ketika hujan dan berehat seketika adalah pilihan yang lebih baik.

Google ads
Back to top button