Buletin

GENERASI BAHARU SKODA FABIA RALLY2 BAHARU SEDANG DIUJI

Dalam dunia pentas utama WRC, barangkali jentera Rally1 / WRC sudah acapkali kita perbahaskan. Namun sebenarnya jentera kelas kedua, Rally1 / R5 juga sebenarnya tidak kurang sengitnya. Dan seperti sudah diketahui umum, Skoda Fabia Rally2 evo sudah dianggap sebagai lagenda apabila banyak lali memenangi perlumbaan baik di peringkat WRC atau pun perlumbaan serantau.

Dan kini sudah sampai masanya untuk Skoda Motorsport menggantikan model sedia ada dengan generasi baharu, memandangkan Skoda juga telah memperkenalkan generasi keempat Skoda Fabia yang juga telah diperkenalkan kepada pasaran terlebih dahulu. Ternyata Skoda Motorsport sekarang ini sedang giat untuk menguji jentera Rally2 baharu tersebut.

Sebagai permulaan, Skoda Fabia Rally2 generasi baharu ini sedang diuji dengan permukaan aspal dan berbatu di Republik Czech, Sepanyol dan juga Perancis. Menurut Michal Hrabánek, selaku Ketua Skoda Motorsport, jentera generasi baharu Rally2 ini sedang memasuki fasa pembangunan dan ujian, memandangkan jentera Skoda Fabia Rally2 evo masih lagi dianggap sebagai model yang cukup berjaya ketika ini.

Semenjak jentera rali Skoda Fabia ini mula beraksi pada April 2015, ianya lebih banyak mengutip trofi kemenangan dalam kategorinya berbanding jentera lain yang beraksi. Di kala itu, jentera mereka lebih dikenali dengan Skoda Fabia R5 sebelum bertukar kepada nama jentera Rally2. Dan disebabkan itu, model Skoda Fabia R5 / Rally2 ini cukup popular di serata dunia, ditempah untuk berlumba di peringkat kebangsaan mahu pun serantau.

Sejumlah 1400 kemenangan keseluruhan berjaya diperolehi dan 3.300 kemenangan podium diserata dunia. Skoda Motorsport telah menjual lebih daripada 40 unit model R5, Rally2 dan juga Rally2.

Berdasarkan peraturan jentera Rally2 terkini daripada FIA, generasi baharu Skoda Fabia ini nanti bakal dilengkapi dengan enjin 1.6 liter turbo yang dipadankan dengan kotak gear lima kelajuan berjujuk serta pacuan empat roda.

Dan perkhabaran terkini, Skoda Motorsport sedang giat pula menguji prototaip jentera baharu mereka di utara Finland bagi menguji jentera dengan permukaan bersalji pula. Tiga pemandu telah ditugaskan untuk menguji yang terdiri daripada Andreas Mikkelsen (Juara WRC2 2021), Kris Meeke dan juga Emil Lindholm yang juga merupakan juara rali Finland.

Mungkinkah sempat jentera generasi baharu ini digunapakai untuk musim WRC 2022 ini? Kita tunggu apa perkembangannya nanti.

BACA : SKODA FABIA R5 – KECIL-KECIL CILI API

BACA : ŠKODA FABIA R5 2019, LAGI LAJU (TAPI RAHSIA)

Google ads

B K

Back to top button