Artikel PilihanBuletin

INILAH TAYAR PALING MAHAL DI DUNIA

Pengeluar tayar yang berpangkalan di Dubai, Z Tyre memahat namanya dalam Guinness Book of World Records apabila berjaya menghasilkan tayar yang paling mahal di dunia.

Z-Tyre-gold-plated tyre-mekanika (3)

Hanya satu set tayar ini dijual dalam satu acara lelongan dan ia berjaya menctat harga AS$600,000 (RM2.4 juta).

Bagaimana mereka melakukannya? Mudah sahaja, minta pakar barang kemas dari Itali untuk melekatkan permata dan kepingan emas 24 karat ke atas tayar tersebut. Kalau kena curi macam mana nak kira ni?

Z-Tyre-gold-plated tyre-mekanika (4)

Z Tyres bekerjasama dengan pakar yang dipertanggungjawab untuk membuat perhiasan di istana diraja baharu di Abu Dhabi. Jadi, sudah pasti mereka ini memang pakar dalam menggunakan emas dan tahu citara eksentrik pelanggan yang ultra kaya.

Z-Tyre-gold-plated tyre-mekanika (1)

Nasib baik, wang yang diterima hasil jualan itu akan disumbangkan kepada sebuah badan kebajikan.

Z Tyres memilih untuk memberi sumbangan tersebut kepada Yayasan Zenises. Yayasan itu berfungsi menambah baik akses pendidikan di seluruh dunia. Terutama bagi kanak-kanak di negara mundur.

Google ads
Back to top button