Motosikal

SUZUKI BANGUNKAN PENCABAR HONDA MX125?

Apabila Honda memperkenalkan model street kompak MSX125 atau Grom pada tahun 2013, pengeluar motosikal lain terutama dari Jepun memantaunya dengan rapi.

Suzuki-Extrigger-electric-mekanika (3)

Buktinya, tidak lama kemudian Kawasaki melancarkan Kawasaki Z125 Pro pada awal tahun lalu. Malah, Suzuki juga tampil dengan model konsep EXTRIGGER yang pernah dipamerkan pada acara Tokyo Motor Show 2013.

Kini, khabar angin bahawa EXTRIGGER bakal diproduksi oleh Suzuki nampaknya semakin kencang. Sebabnya, Suzuki dilapor telah mengemukakan permohonan paten di China, Eropah dan Amerika Syarikat sebagai sebuah jentera elektrik.

Suzuki-Extrigger-electric-mekanika (5)

Dengan jualan memberangsangkan yang dinikmati oleh MX125 dan Kawasaki Z125 Pro semakin mendapat tempat di hati pengguna, pasaran motokel kecil begini yang tidak pernah disangka sememangnya kian berkembang.

Suzuki memilih untuk mengaplikasikan rangkaian kuasa elektrik kerana kegunaan EXTRIGGER dikatakan lebih kepada perjalanan pendek di bandar, pit perlumbaan atau sebagainya.

Suzuki-Extrigger-electric-mekanika (4)

Jadi, ia tidak memerlukan pek bateri yang besar sebagai mana motosikal street yang lain.

Suzuki-Extrigger-electric-mekanika (2)

Berdasarkan kepada permohonan paten itu, kita mungkin boleh melihat EXTRIGGER sebagai sebuah model produksi seawal hujung tahun ini untuk model tahun 2017!

Google ads
Back to top button