
INILAH TIGA MODEL AWALAN SKODA YANG TERBABIT DALAM SUKAN RALI
Škoda Popular Sport
Model ini boleh dikatakan model awalan dari Skoda yang mula terbabit dalam dunia sukan rali. Sudah semestinya model yang dilahirkan di era 30an itu telah mengambil bahagian dalam perlumbaan rali yang paling terkenal Monte Carlo Rally.
Secara asasnya Škoda Popular Sport ini telah dipasang dengan casis yang diubah suai daripada model standard Skoda Popular yang lebih ringan, tetapi enjinnya datang daripada model Skoda Rapid yang lebih berkuasa dengan sesaran 1,386 cm3 menghasilkan output 34 HP, kelajuan tertinggi adalah sekitar 110 km/j.
Ketika perlumbaan Monte Carlo Rally yang disertai pada tahun 1936, Skoda Popular Sport ini berjaya menamatkan perlumbaan bersama – sama 72 kereta yang beraksi daripada keseluruhan 105. Malah Skoda Popular Sport ini berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua unutk kelas cm3 dengan dipandu oleh Zdeněk Pohl dan Jaroslav Hausman.

Skoda Octavia TS
Skoda kembali semula ke arena permotoran antarabangsa buat pertama kali pada tahun 1956 setelah kestabilan politik dengan menyertai perlumbaan Monte Carlo Rally setelah kali terakhir menyertai pada tahun 1949. Kali ini Skoda mempertaruhkan model Skoda Octavia Touring Sport (TS).
Pada tahun 1961, model Skoda Octavia TS 1200 yang dipandu oleh duo Finland Esko Keinänen/Rainer Eklund berjaya mencapai kemenangan dalam kelas 1,300 cm3 yang disertai sewaktu Monte Carlo Rally dan berjaya menamatkan perlumbaan di tempat keenam keseluruhan.
Menariknya kereta lumba untuk Monte Carlo Rally ini hanya mempunyai perbezaan yang sedikit sahaja berbanding model standard produksi kilang meliputi perubahan pada bekas penyimpanan minyak aluminium, perubahan pada gear ratio dan juga penggunaan tayar Barum OS 11 5.60×15 dan tayar jenis stud Michelin Valiarts untuk cengkaman yang lebih baik untuk sebarang permukaan ketika berlumba.

Skoda 130 RS
Barangkali ini merupakan antara kereta rali yang paling berjaya pasca moden di Eropah pada era 70an dan awal 80an. Model ini dijelmakan sebagai kereta lumba rali yang dibina berdasarkan model jalanan Skoda 130.
Pada tahun 1981 model ini pernah memenangi perlumbaan European Touring Car Championship yang menaikkan reputasi model ini. Enjin standard 1300 liter yang dipasang ini mampu menghasilkan kuasa 142 HP dengan sejumlah 200 unit model Skoda 1300 RS telah dihasilkan.
BACA : SKODA FABIA S2000 – KEBANGKITAN EVOLUSI KERETA RALI SKODA
BACA : SKODA FELICIA – ULANG TAHUN KE 30 KELAHIRANNYA DAN ALKISAH SKODA BERSAMA VOLKSWAGEN

