
PESAWAT JEJU 72216C TERHEMPAS SEBAB BURUNG?
Seperti Dejavu, kerana apa yang berlaku pada hujung tahun 2024 adalah hampir sama dengan apa yang berlaku pada penghujung tahun 2023 dengan berita kemalangan pesawat penerbangan komersial dilaporkan berlaku pada kadar yang menakutkan
Ia bermula dengan pesawat Azebairjan yang terhempas selepas menjadi sasaran peralatan tentera Rusia, pesawat KLM tersasar sewaktu mendarat, diikuti dengan pesawat Boeing 737800 Jeju Air 72216C yang terhempas pada hari Ahad 29 December 2024.
Kami bawakan fakta berkenaan dengan pesawat malang ini yang telah mengorbankan 179 penumpang dan anak kapal serta hanya 2 sahaja yang terselamat.
1. Jeju Air adalah syarikat penerbangan tambang murah dari Korea Selatan, dalam penerbangan dari Bangkok ke lapangan terbang Muan, kira-kira 180 batu dari bandar Souel Korea Selatan. Kejadian berlaku pada pukul 9.03 pagi waktu tempatan

2. Sepanjang penerbangan selama 4jam 30 minit dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi, tiada sebarang insiden yang dilaporkan serta pesawat ini terbang dalam keadaan yang lancar
3. Pesawat Boeing 737-800 ini telah berusia 15 tahun ketika kejadian. Namun dalam industri, secara purata pesawat akan digunakan dalam usia 10-20 tahun sebelum dibersarakan
4. Pada 27 Disember 2024 iaitu pada hari Jumaat, pesawat ini telah membuat penerbangan dari Jeju ke Beijing. Namun atas sebab-sebab yang tidak dapat diketahui, pesawat ini telah melencong ke Seoul ketika dalam perjalanan

5. Dalam 200 kaki daripada landasan nombor 1 di Muan, terdapat satu kawasan yang ditandakan oleh pihak berkuasa lapangan terbang sebagai kawasan yang memiliki kepadatan burung yang tinggi. Apa yang menarik pesawat ini kehilangan altitud (-768 fpm, 768 kaki per minit) dalam jarak 500 kaki dari landasan
6. Maksudnya disini, pesawat 737-800 ini telah kehilangan kuasa enjin bagi membolehkannya mendaki semula pada ketinggian yang selamat. Hal ini adalah selaras dengan saksi yang berada dekat dengan pesawat yang merakam salah satu enjin pesawat seperti meletup di udara
7. Selepas hilang kuasa, pesawat membuat pusingan U-turn semula dalam usaha untuk mendarat. Malangnya pesawat ini mendarat dengan bahagian bawah menyentuh permukaan landasan dengan landing gear tidak digunakan

8. Satu teori mengatakan yang sistem hidraulik telah mengalami kegagalan akibat merempuh burung, dan sistem ini gagal menurunkan landing gear bagi tujuan pendaratan. Tapi landing gear boleh diturunkan secara manual dengan kaedah gravity drop namun memerlukan juruterbang menggunakan sistem ini secara manual
9. Masalahnya ialah suis bagi sistem ini berada jauh di belakang juruterbang dan menyukarkan juruterbang menggunakan sistem kecemasan landing gear secara manual. Malah flaps pada pesawat juga tidak digunakan sewaktu mendarat bagi mengurangkan halaju pesawat
10. Kita boleh memberi teori yang pesawat sebenarnya hilang altitud dengan cepat, sehingga juruterbang gagal mengaktifkan landing gear (atau landing gear rosak) dan pada masa yang sama flaps juga tidak diaktifkan

Jika sistem hidraulik gagal dan flaps tidak dapat digunakan maka sistem APU (sistem kuasa tambahan boleh digunakan) namun APU mengambil masa untuk dihidupkan
11. Ketika mendarat, pesawat malang ini mula menyentuh permukaan landasan pada jarak 1/3 daripada landasan yang sepanjang 2800 meter. Ketika mendarat halaju pesawat mencecah 370km/jam sedangkan halaju ideal ialah 260-220km/jam
12. CW atau clear way (kawasan lapang) adalah sekitar 200 meter selepas landasan habis dan pesawat ini kemudian merempuh satu tambakan tanah dan konkrit yang digunakan untuk menempatkan Instrument Landing System (ILS)

13. Lebih malang lagi kerja-kerja memanjangkan landasan sebanyak 717 meter sedang dijalankan dan dijangka akan siap pada 20 Julai 2025
14. Pesawat ini juga adalah pesawat yang aktif terbang dalam 48 jam sebelum kemalangan maut dengan merekodkan 13 perjalanan yang meliputi Muan, Pulau Jeju, Incheon, Seoul, Beijing, Bangkok, Kota Kinabalu, Nagasaki dan Taipei.
15. Dalam tempoh antara bulan Julai ke September 2024, Jeju Air merekodkan penerbangan selama 418 jam iaitu antara paling tinggi berbaning pesaing lain seperti Jin Air 371 jam, T’Way Air 386 jam, Korean Air 355 jam dan Asian Airlines 335 jam