Buletin

ISUZU BAIKI REKOD JUALAN – KINI DI TANGGA KE-6

Isuzu meraikan satu lagi kejayaan apabila mencatat rekod tahunan dengan berada di kedudukan No. 6 dari segi jualan keseluruhan jenama kenderaaan paling popular di Malaysia, naik berbanding No. 7 sebelum ini.

Menurut angka jualan keseluruhan yang dikeluarkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA), trak ELF Isuzu Malaysia kekal menjadi trak tugas ringan paling laris untuk tujuh tahun berturut-turut dan kali ketiga untuk trak tugas sederhana, Forward.

ISUZU UNGGULI PASARAN MALAYSIA

Isuzu juga meneruskan dominasinya dalam pasaran trak di Malaysia dengan menguasai perkongsian pasaran sebanyak 38.9 peratus.

Jumlah jualan bagi Isuzu D-Max dalam segmen trak pikap pula meningkat sebanyak 10 peratus. Walaupun jumlah keseluruhan industri (TIV) untuk segmen tersebut menampakkan penurunan sebanyak 19 peratus.

Kenaikan itu sekali gus menambah baik perkongsian pasarannya daripada 11 peratus kepada 15 peratus. Sekali imbas, D-Max and MU-X kini menjadi jenama trak pikap paling laris di pasaran tempatan.

Isuzu kekal berada di kedudukan No. 1 tahun lalu untuk segmen kenderaan komersial (CV) di Malaysia, walaupun prestasi jualan jumlah keseluruhan industri turun sebanyak 13 peratus.

Mengulas tentang keputusan laporan pasaran tahun 2016 oleh MAA itu, Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Kenji Matsuoka berkata, “Kami bangga dengan pencapaian kami sebagai jenama kenderaan komersial pilihan pengguna di Malaysia sekali lagi , biarpun jangkaan bagi industri automotif pada tahun 2016 kurang memberangsangkan.”

Kejayaan mengekalkan prestasi, posisi dan peningkatan perkongsian pasaran itu disumbang oleh kualiti kenderaan Isuzu yang cemerlang. Isuzu Malaysia juga mengutamakan kepuasan pelanggan menerusi langkah menambah baik aspek jualan, servis dan alat ganti.

“Kami memberi penekanan yang tinggi dalam aspek latihan dan berbangga bahawa kumpulan pertama graduan Sekolah Teknikal Isuzu (ITS) telah ditempatkan di pusat-pusat servis Isuzu yang sah di seluruh negara untuk meningkatkan lagi tahap kepuasan pelanggan dan memberi ‘pengalaman Isuzu’ kepada mereka,” kata Matsuoka.

Biarpun pasaran keseluruhannya menjadi semakin sengit, Matsuoka menegaskan bahawa inisiatif Isuzu untuk menjangkau lebih ramai pelanggan dengan menubuhkan sebuah pejabat di Kuching pada November tahun lalu. Pembukaan pejabat itu jelas menyumbang kepada penerimaan yang amat memberangsangkan dalam kalangan pemandu di sana.

BACA: SELAMAT ULANG TAHUN KE-100 ISUZU MOTORS

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button