Buletin

ISUZU D-MAX DIABLO

Untuk merancakkan kembali model trak pikap yang ditawarkannya, pengedar kenderaan jenama Isuzu di Malaysia, Isuzu Malaysia memperkenalkan versi trak pikap D-Max edisi terhad. 

SONY DSC

Dikenali sebagai Isuzu D-Max Diablo, trak pikap ini tampil dengan penambahbaikan luaran dan dalaman yang unik.

“Saya percaya bahawa ramai pengguna yang mahu lari dari kebiasaan, menyatakan kebebasan serta individualiti melalui kenderaan yang mereka miliki. Isuzu D-Max Diablo menawarkan platform yang sempurna untuk menzahirkan individualism semua orang dan meneroka sempadan pemotoran yang lebih hebat,” kata Pengarah Eksekutif Isuzu Malaysia, Daisuke Ishida.

Isuzu-D-Max-Diablo-mekanika (11)

Apa yang paling ketara pastinya penggunaan warna hitam pada bahagian luarannya. Bagi menyerlahkan lagi penampilan ‘gothic’, kebanyakan kemasan krom pada trak pikap ini ditukar dengan warna hitam atau kelabu gelap.

Ini termasuklah gril, hendal pintu, cermin, roof rails dan bampar belakang. Cuma logo krom Isuzu pada gril dan kemasan guard berwarna perak pada bampar hadapan menawarkan kontras kepada warna trak pikap ini. Pada waktu siang, lampu nyalaan siang (DRL) LED membolehkan ia lebih mudah dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain.

Isuzu-D-Max-Diablo-mekanika (12)

Bukan itu sahaja, badan Isuzu D-Max Diablo turut dilekatkan dengan pelekat bersama motif eksklusif. Ia juga menggunakan rim aloi LENSO Beastly Black bersaiz 17 inci yang nyata membuatkan gayaan luaran trak pikap ini semakin garang.

Isuzu-D-Max-Diablo-mekanika (13)

Bagi memastikan barang-barang anda berada dalam keadaan selamat dan kering sepanjang perjalanan, Isuzu D-Max Diablo hadir bersama penutup D-LOC. Penutup yang boleh dikunci ini didatangkan dengan warna badan kenderaan. Ia juga tampil dengan aero spoiler, sekali gus menawarkan trak pikap ini penampilan yang tersendiri.

Isuzu-D-Max-Diablo-mekanika (15)

Pada bahagian dalaman, paparan papan pemukanya masih sama. Apa yang membezakan versi ini dengan model D-Max lain ialah tempat duduk dan perehat tangan di bahagian tengah dibalut oleh kulit Itali premium berwarna merah.

Tempat duduk itu menawarkan kontras yang ketara bersama kemasan dalaman berwarna kelabu gelap, selain pintu dan bahagian tengah (central tunnel) berwarna hitam berkilat (piano black). Karpet pula disulam khas dan pemijak kakinya diiluminasi.

Isuzu-D-Max-Diablo-mekanika (1)

Isuzu D-Max Diablo bukan sekadar rupa. Satu sistem hiburan multimedia BLAUPUNKT yang hadir bersama kamera mengundur memastikan anda bukan sekadar nampak hebat di atas jalan raya, malah boleh menikmati keseronokan memandu selama berjam-jam, terutama dengan sistem bunyi yang premium.

Isuzu D-Max Diablo hanya ditawarkan dengan transmisi automatik bersama enjin bersesaran 2.5 atau 3.0 liter. Harga yang diawarkan ialah RM107,077 untuk varian 2.5 liter dan RM113,717 bagi versi 3.0 liter (di atas jalan, tidak termasuk insurans). Ia sudah boleh didapati di bilik-bilik pameran Isuzu D-MAX di seluruh negara sekarang. 

SONY DSC

Untuk senarai penuh pengedar Isuzu, hubungi talian 1-300-88 1133 atau layari laman web www.isuzu.net.my.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button