Modifikasi

VOLKSWAGEN PASSAT SINFONI

Hobi terhadap audio boleh berubah mengikut keadaan. Sebagai contoh, letak diri anda dalam situasi memiliki kawan yang tidak mempunyai minat serupa.

DSC_6945

Atau anda tidak pernah tahu kewujudan produk premium yang bukan sahaja berkualiti tinggi, tetapi harganya tidak murah. Posisi begini akan menjauhkan diri seseorang dengan transformasi audio.

Kecenderungan orang juga berbeza-beza. Bagus pada si A, tidak semestinya enak didengar oleh si B. Pengubahsuaian audio selalunya menjadi jalan keluar bagi  mereka yang memiliki cita rasa tinggi.

Volkswagen-Passat-Sinfoni-mekanika (4)

Tidak semestinya anda seorang yang eksentrik audio. Cukup sekadar kegilaan sebenar seseorang yang mahukan lebih daripada yang ditawarkan oleh sebuah sistem standard OEM.

Volkswagen Passat ialah antara kereta penumpang yang semakin popular di Malaysia. Pemilik kereta ini baru membeli kereta ini. Tidak sampai seminggu dipandu,  kereta ini terus masuk ke pusat aksesori Great Spund di Kota Kemuning untuk proses transformasi audio.

Volkswagen-Passat-Sinfoni-mekanika (7)

Ya. Tidak salah berbuat begitu jika anda ingin menambah peralatan lebih baik, berbanding apa yang ditawarkan oleh sistem OEM. Di sini, sistem yang dipasang mungkin 50 kali lebih berkualiti daripada sistem asal.

Pemain utamanya sahaja sudah memperlihatkan betapa pemiliknya seorang yang serius. Unit Poneer D7RII dengan pemproses ODR ini sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Ia mendahului apa-apa senarai pemain audio digital yang ada di luar sana.

Volkswagen-Passat-Sinfoni-mekanika (10)

Pemproses bertaraf lima bintang ini kemudiannya digandingkan dengan amp Sinfoni dan speaker Rainbow. Cukup mantap bak Ferrari bertemu Lamboghini dan McLaren.

Lebih menarik lagi, semua peralatan ini dipasang mengikut spesifikasi OEM. Komponen mid di depan hanya kelihatan sepasang tweeter Rainbow bertenggek di atas pillar A. Midbass bersaiz 6 dan 4 inci tersorok di bahagian panel pintu tetapi sudah tentulah dengan mounting yang diperkemaskan terlebih dahulu.

Volkswagen-Passat-Sinfoni-mekanika (12)

Gandingan komponen aktif ini digabung dengan bekalan kuasa oleh amp Sinfoni 50.4. Tweeter tadi pula mendapat suntikan daripada amp Sinfoni 90.2, amp 2 saluran dengan keluaran kuasa 90watt RMS.

Bagi melengkapkan konfigurasi keseluruhan sistem, padanan sekurang-kurangnya sebuah sub woofer sudah tentulah wajib dilakukan. Menghiasi bahagian but belakang Passat ini ialah sub woofer Rainbow 12 inci yang dipadankan dengan amp Sinfoni 150.2. Sekali lagi, ia ialah amp dua saluran kelas A/B. Bukannya  jenis monoblok yang biasanya kita lihat.

Volkswagen-Passat-Sinfoni-mekanika (9)

Kemasan di dalam but kereta ini juga sesuatu yang menarik untuk diceritakan. Jarang sekali sebuah kereta baru diubah suai sebegini drastik. Penempatan peralatan seperti amp, sub dan pemproses dilakukan dengan kerja tangan yang kreatif.

Semuanya disusun rapi dan ditutup dengan permukaan jernih. Penggunaan neon multi warna membuatkan seluruh bahagian but lebih menarik setiap kali dinyalakan pada waktu malam.

Volkswagen-Passat-Sinfoni-mekanika (3)

Kini, perkembangan kereta-kereta SQ begini dapat dilihat dengan cukup pesat. Ini menunjukkan satu perkara. Ekonomi sedang berkembang sihat dan orang mampu berbelanja pada peralatan kelas premium.

Mungkin ramai orang melihatnya sebagai satu pembaziran. Tetapi percayalah, hanya yang benar-benar faham sahaja yang mengangguk tanda setuju.

Volkswagen-Passat-Sinfoni-mekanika (8)

Kalau ada yang mempertikai, cuba lihat bagaimana ada orang beli beg tangan sampai harga belasan ribu ringgit? Batang pancing dengan harga sebuah motosikal cub? Hmmm… memang kaya orang Malaysia ni…

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button