Buletin

IVECO SERTAI PASARAN TRAK MALAYSIA

Iveco salah satu jenama peneraju dalam sektor pengangkutan kini sudah pun menyertai pasaran trak Malaysia.  Menerusi kerjasama dengan pengedar eksklusifnya iaitu Federal Auto Holdings Berhad, Iveco  memperkenalkan rangkaian kenderaan dan perkhidmatan yang lengkap.

Iveco-Federal-Auto-mekanika (4)

Antara 14 jentera yang diperkenalkan ialah trak tugas berat Stralis dan 682, trak off-road Trakker, trak tugas sederhana Eurocargo dan kenderaan komersial ringan New Daily. Semua model bakal diperkenalkan secara berperingkat dalam tempoh masa 18 bulan akan datang.

Model-model tersebut akan diperagakan kepada umum di Ekspo Bas, Trak & Komponen Malaysia yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 14-16 Mei 2015.

Iveco-Federal-Auto-mekanika (2)

Sempena pelancaran tersebut, Iveco dan Federal Auto juga telah berkongsi strategi perniagaan mereka, termasuklah membangunkan rangkaian jualan dan perkhidmatan.

Untuk makluman, Iveco memanfaatkan sumber R&D global dan skala ekonomi CNH Industrial untuk membawakan teknologi paling canggih kepada pelanggan di seluruh dunia. Selain menawarkan kenderaan yang selamat, menjimatkan minyak dan mesra alam pada kos kompetitif.

Iveco-Federal-Auto-mekanika (1)

“Malaysia ialah sebuah pasaran penting dengan sektor automotif yang dinamik. Kami menceburi pasaran yang berdaya saing ini dengan rangkaian lengkap 14 model. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Federal Auto atas kerjasama yang telah membawa kami ke sini pada hari ini,” kata Ketua Jenama APAC Iveco, Michele Lombardi.

Pengarah urusan Federal Auto, Cheng Seng Fook mengakui pihaknya gembira untuk menambah jenama yang terkemuka ini ke dalam portfolio jenama automotif premiumnya.

Iveco-Federal-Auto-mekanika (5)

Bagi memantapkan aspek jualan dan selepas jualan, Federal Auto akan melabur sebanyak RM15 juta ke atas cawangan-cawangannya yang terletak di Lembah Klang, Kota Kinabalu, Johor Bahru dan Butterworth.

Federal Auto juga dijangka mempunyai 15 cawangan menjelang tahun 2016. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button