Pandu Uji

VOLKSWAGEN JETTA EDISI TERHAD

Volkswagen Malaysia semalam memperkenalkan model Jetta Edisi Terhad dalam satu Parti Pop Up yang eksklusif.

SONY DSC

Hadir dalam dua varian iaitu Jetta Sport Edition dan Jetta Club Edition, sedan segmen C itu menerima penambahbaikan dari segi kosmetik yang tidaklah terlalu ketara.

Anda kini boleh memiliki model edisi terhad itu yang didatangkan dalam warna putih, perak, kelabu dan hitam. Harga yang ditawarkan ialah bermula RM122,888 (Jetta Club Edition) dan RM132,888 seunit untuk Jetta Sport Edition.

VOLKSWAGEN JETTA EDISI TERHAD

Hanya 500 unit setiap varian ditawarkan kepada pengguna tempatan mulai Mei 2015 sehingga stok masih ada.

Jetta Sport Edition tampil sporty aerokit asli Volkswagen Zubehör. Aerokit tersebut  merangkumi spoiler hadapan, sisi, bahagian bawah belakang dan spoiler pada bahagian but belakang.

SONY DSC

Bukan itu sahaja, rim aloi SILEX bersaiz 17 inci yang dibalut tayar Goodyear Assurance TripleMax, cermin tingkap dengan filem keselamatan ECOTINT SafetyShield dan unit multimedia bersama sistem navigasi meningkatkan lagi tarikannya.

Apa yang membezakan dengan Jetta Standard? Perbezaannya cuma cermin tingkap Jetta Club Edition dipasang dengan filem keselamatan ECOTINT SafetyShield, aerokit  dan sistem audio bersama navigasi.

VW-jetta-limited-edition-mekanika  (6)

Aspek mekanikalnya bagaimanapun tidak berubah. Jetta edisi terhad ini masih menggunakan khidmat enjin TSI 1.4 liter Twincharged berkuasa 160PS dan tork maksimum 240Nm.

Enjin itu kemudian dipadankan bersama kotak gear klac berkembar DSG tujuh kelajuan automatik yang menjanjikan permanduan lancar dan menjimatkan.

VW-jetta-limited-edition-mekanika  (8)

Harus tahu bahawa kedua-dua varian ini tidak termasuk dalam promosi 0% faedah yang sedang dijalankan oleh pihak Volkswagen Malaysia.

VW-jetta-limited-edition-mekanika  (7)

“Jetta Edisi Terhad yang dilengkapi enam beg udara ini mempunyai reka bentuk yang menggabungkan aspek fungsi dan bentuk dengan sempurna. Dengan Aerokit tulen, model Edisi Terhad ini nyata memiliki penampilan yang berani – sudah pasti meningkatkan lagi tarikan visualnya,” kata Pengarah Urusan Volkswagen Malaysia, Armin Keller. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button