Buletin

TENTERA SWISS TEMPAH 400 TRAK DARI IVECO – 2 TAHUN BUAT PENILAIAN!

Sebelum ini kami ada laporkan tentang syarikat pengangkutan awam Arab Saudi memesan 600 buah bas Mercedes-Benz Citaro. Kali ini, Pasukan Ketenteraan Swiss telah menempah 400 trak pula dari Iveco.

Iveco Defence Vehicles (DV) telah menandatangani pesanan penghantaran itu dengan Pasukan Ketenteraan Swiss dan 400 buah trak itu bakal dihantar secara berperingkat bermula tahun ini hingga 2021.

Kontrak tersebut dianugerahkan selepas dua tahun penilaian dan percubaan dibuat sebelum ia dimeterai. Kontrak terbaru ini sebenarnya adalah kali ketiga selepas tahun 1996 dan 2006.

400 buah trak itu akan dibekalkan dalam pelbagai varian seperti 4×2, 4×4, 6×2, 8×6 dan 8×8 yang diasaskan dari model Stralis dan Trakker. Selain itu, kesemua trak memenuhi emisi Euro 6 sebagai lambang kepentingan penjagaan alam sekitar oleh pasukan tentera Swiss.

Untuk projek ini, Iveco DV akan terus memberi sokongan kepada tentera Swiss dalam bentuk pengurusan projek dan khidmat kejuruteraan dengan kerjasama Iveco Switzerland.

Tambahan 400 trak itu sebenarnya bukan baru untuk kedua-dua Iveco DV dan tentera Swiss apabila sejak lima tahun lepas firma itu sudah pun membekalkan sebanyak 1,200 trak!

Lagi bacaan menarik tentang trak dan pikap di serata dunia:

TRAK PIKAP PALING POWER DI UK (900hp) AKAN DILELONG

JIKA BMW NAK BUAT TRAK PIKAP, MUNGKIN INILAH RUPANYA

 

Google ads
Back to top button