Artikel Pilihan

IVECO DAILY 4×4 TIGROTTO – TRUK DENGAN GAYA RETRO 50AN KINI HADIR DENGAN PEMANDUAN SEBELAH KANAN

Segmen trak kecil ini barangkali di pasaran luar adalah perkara yang bukan asing. Daripada model yang dibina berdasarkan trak pikap, sehinggalah kepada penggunaan casis trak sebenar.

Dan ini ada sebuah trak dengan gaya retro 50an daripada IVECO. Pertama kali diperkenalkan kepada umum sewaktu IAA 2022 di Hannover, IVECO Daily 4×4 Tigrotto terbukti menjadi tarikan utama sewaktu acara tersebut. Awal pengenalannya ditawarkan secara eksklusif dengan pemanduan sebelah kiri. Namun reaksi positif yang diberikan terhadap model edisi istimewa ini menyebabkan akhirnya pemanduan sebelah kanan juga akan ditawarkan kepada umum.

Berdasarkan IVECO Daily 4×4 yang cukup rugged, trak ini dibina bagi mengingati nama yang cukup ikonok dari era 1950-an. Tigrotto yang dikeluarkan pada tahun 1957 merupakan sebuah trak yang dikhususkan untuk melakukan tugasan berat dan melalui pelbagai varias selama tempoh 15 tahun pembuatannya. Dan model serba baharu Tigrotto ini boleh ditempah sebagai model casis kabin, yang memungkinkan para penghasil badan kenderaan untuk menghasilkan sesuatu yang lebih kreatif ke atas badan trak yang cukup ampuh ini.

Ditawarkan dalam spesifikasi jalan raya atau off-road, semua varian dikuasakan oleh enjin diesel 3.0 liter 180 hp yang dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan HI-MATIC. Hasil daripada rangka berbasis truk Daily, Tigrotto baharu dengan berat 7,2 ton kini mampu menampung beban sehingga 4.165 kg, dengan ukuran panjang badan truk sehingga 4,450 meter. IVECO Daily 4×4 Tigrotto kini sudah boleh dipesan dengan pemanduan sebelah kanan melalui pengedar sah IVECO.

Dilengkapi untuk menjelajahi bentuk muka bumi yang mencabar, trak yang dilengkapi dengan sistem pacuan empat roda ini memiliki tiga differential yang boleh dikunci serta padanan kotak gear khusus gear rendah bagi mengoptimumkan kawalan traksi.

Turut tersedia adalah system Electronic Stability Program khusus untuk membantu roda daripada tergelincir ketika melalui laluan yang mencabar. Dan dengan ketinggian yang ada pada trak ini, pastinya untuk memanjat cerunan atau melalui lopak air yang dalam bukanlah masalah besar.

 Tigrotto – yang membawa maksud anak harimau dalam bahasa Itali – memiliki layangan dua warna yang unik pada badan trak serta elemen merah yang mengingatkan pada model keluaran tahun 50an itu. Begitu juga dengan lencana yang memang menjadi identi bagi sebuah model Tigrotto. Rekaan rim juga berinsprasikan dari gaya retro dan tidak lupa juga rekaan lampu sorot yang bulat menciptakan penampilan klasik yang bergaya dan paling penting berfungsi dengan jaya.

Selain untuk dibuat guna mengangkut barangan, rasanya kalau dapat sebiji kemudian ubahsuai jadi motorhome pun orait juga kan?

BACA : RV XPRO ONE GANAS DAN RUGGED.INSPIRASI DARIPADA ASET TENTERA

BACA : WOW! KENAL LORI INI? BAKAL BERLUMBA 5 RIBU KM DALAM RALI DAKAR

Google ads

B K

Back to top button