Buletin

WOW! KENAL LORI INI? BAKAL BERLUMBA 5 RIBU KM DALAM RALI DAKAR

Skema warna dan logo yang jelas terpampang ini sangat dikenali oleh rakyat negara kita. Stratergi Petronas menggunakan sukan permotoran bagi meluaskan empayar perniagaan memang berjaya.

Tahun ini adalah kali kelima pasukan Mercedes-AMG Petronas berjaya merangkul kejuaraan Formula 1.

Tahun depan Petronas bakal menyertai sukan MotoGP pula. Walaupun perbelanjaan dalam sukan peringkat dunia ini begitu tinggi, pulangannya juga lumayan.

Penajaan dan penjenamaan itu ibarat pintu untuk Petronas meneroka dan menjalin bisnes di peringkat antarabangsa.

Ini pula satu lagi acara berprestij iaitu perlumbaan rali Dakar.

Pasukan Petronas Team De Rooy Iveco sebenarnya adalah ‘otai’ dalam rali Dakar dan bakal menyertai perlumbaan yang mencabar tersebut bermula 6 hingga 17 Januari 2019 di Peru dengan jarak 5,000 kilometer.

Pasukan ini akan menggunakan empat buah lori Iveco Powerstar dengan tayar Goodyear Offroad ORD. Selain membawa jenama Petronas, pasukan ini turut mempromosikan kebolehan tayar Goodyear.

Pelumba yang menyertai rali ini bukan calang-calang, mereka ialah Gerard De Rooy, Federico Villagra, Ton van Genugten dan Maurik van den Heuvel.

Gerard De Rooy adalah juara dua kali rali Dakar dan juara Perlumbaan Eko Afrika 2018. Federico Villagra yang berlumba dengan hebat untuk podium tahun lepas dan gagal di hari terakhir mahu mencuba sekali lagi untuk menjadi juara.

Ton van Genugten pula berjaya memenangi empat peringkat perlumbaan tahun lalu dan untuk acara tahun ini mereka bertiga mensasarkan untuk membolot ketiga-tiga podium.

Maurik van den Heuvel yang merupakan pemandu Dakar berpengalaman akan membantu apabila diperlukan.

Selain menggunakan tayar Goodyear 375/90R22.5 Offroad ORD, Petronas Team De Rooy Iveco turut menggunakan tayar Goodyear OMNITRAC untuk lori servis yang bakal mengikut mereka sepanjang perlumbaan.

Pasukan mensasarkan untuk mengulangi kejayaan selepas memenangi Perlumbaan Eko Afrika 2018 yang turut disokong oleh Goodyear selaku pembekal tayar.

Rali Dakar 2019 akan berlangsung di Peru dengan jarak 5,000 kilometer di mana 70 peratus daripadanya kawasan berpasir. Sepuluh peringkat perlumbaan (SS) istimewa melibatkan lebih dari 3,000 kilometer.

Rali bakal bermula di Lima pada 6 Januari dengan lebih daripada 330 lori, kereta dan motosikal menuju ke Tacna menghampiri sempadan Chile dan kemudian patah semula ke Peru untuk menghabiskan perlumbaan pada 17 Januari.

BACA: GOODYEAR GUNA MINYAK KACANG SOYA – TINGKATKAN PRESTASI TAYAR

BACA: HOT ROD? RAT ROD? YA. AMERIKA? BUKAN. INI DARI JOHOR!

Google ads
Back to top button