
JAECOO MALAYSIA LANCAR PROGRAM KHAS UNTUK GOLONGAN PROFESIONAL
JAECOO Malaysia kini membuka peluang istimewa kepada ahli-ahli badan profesional dan pekerja syarikat berdaftar di Malaysia menerusi pelancaran Professional Affiliates Programme, satu inisiatif khas yang menawarkan pelbagai kelebihan menarik termasuk diskaun pembelian kenderaan terpilih.
Naib Presiden JAECOO Malaysia, Emily Lek berkata, “Susulan sambutan positif dan permintaan yang diterima daripada golongan profesional serta sektor korporat, kami berbesar hati untuk memperkenalkan program ini sebagai satu langkah proaktif mendekatkan jenama JAECOO dengan para peminat serta pelanggan kami.”
Melalui program ini, pelanggan yang layak boleh menikmati faedah istimewa bagi pembelian model JAECOO J7 versi pacuan semua roda (AWD), pacuan dua roda (2WD), serta varian hibrid plug-in (PHEV), bermula 1 Mei 2025.
Menurutnya, ia menyasarkan golongan profesional yang sedang membina kerjaya mahupun yang telah lama bertapak dalam dunia pekerjaan.

Program ini terbuka kepada ahli pertubuhan profesional, pekerja sektor perkhidmatan kewangan dan insurans, syarikat korporat serta pencipta kandungan yang diiktiraf sebagai Duta Jenama JAECOO.
Selain itu, keistimewaan ini turut diperluaskan kepada ahli keluarga terdekat termasuk pasangan, ibu bapa dan anak-anak.
Mereka yang berminat boleh mengunjungi mana-mana bilik pameran rasmi JAECOO di seluruh negara dengan membawa dokumen sokongan seperti bukti keahlian badan profesional atau surat pengesahan pekerjaan, sebagaimana ditetapkan oleh pengedar JAECOO.
Tambah Lek lagi, setiap pemilik JAECOO secara automatik akan menjadi ahli J-Club, sebuah komuniti eksklusif yang memberi peluang kepada pemilik untuk terlibat dalam pelbagai aktiviti sosial dan acara khas, selain menikmati perkhidmatan selepas jualan bertaraf tinggi.
Untuk maklumat lanjut mengenai Professional Affiliates Programme, layari laman rasmi JAECOO Malaysia di www.jaecoo.com.my.