Buletin

KINETA CIPTA SEJARAH DENGAN 8,888 PENGECAS EV TERJUAL DI MALAYSIA

Penyedia utama penyelesaian pengecasan kenderaan elektrik (EV), KINETA, anak syarikat Sime Darby Berhad, terus memperkukuh kedudukannya dalam pasaran apabila berjaya mencapai jualan lebih 8,888 unit pengecas EV di seluruh negara.

Angka simbolik ini bukan sahaja mencerminkan pertumbuhan positif syarikat, malah turut mengukuhkan peranannya dalam menjayakan aspirasi Malaysia ke arah mobiliti rendah karbon.

Menurut Pengarah Urusan KINETA, Sunny Lee, kejayaan ini menunjukkan keyakinan yang semakin kukuh dalam kalangan pengguna terhadap keupayaan syarikat dalam menyediakan penyelesaian pengecasan.

“Kami amat berbesar hati dengan sambutan pelanggan dan terus komited untuk memperluaskan rangkaian perkhidmatan kami bagi menyokong pertumbuhan pesat penggunaan EV di Malaysia dan rantau ini,” katanya.

Bagi memperingati pencapaian ini, KINETA telah melancarkan kempen “Charging Success”, sebuah inisiatif yang menawarkan pelbagai tawaran menarik serta produk pengecas EV terkini, sesuai untuk kegunaan individu mahupun komersial.

Sebagai penghargaan kepada pelanggan ke-8,888, KINETA menghadiahkan Dr. Nauratul Nadiah dengan baucar pemasangan bernilai RM1,888 serta baucar penapis haba kenderaan 3M bernilai RM3,600, sumbangan rakan kerjasama 3M PANA G Sdn. Bhd.

“Saya sangat terharu dan berterima kasih atas penghargaan ini. Proses pemasangan amat mudah dan perkhidmatan KINETA sangat memuaskan,” ujar Dr. Nauratul, yang gembira dipilih sebagai penerima bertuah.

Ketua Jualan KINETA, Melvin Chuah, turut menjelaskan bahawa syarikat kini menyasarkan untuk mencapai jualan 10,000 pengecas menjelang pertengahan tahun hadapan, sambil mengekalkan kualiti dan standard perkhidmatan yang tinggi.

KINETA kini mempunyai kehadiran yang luas di seluruh negara dengan cawangan di Pulau Pinang, Kuantan dan Johor Bahru, serta rangkaian pengedar di Ipoh dan Melaka.

Di samping itu, syarikat ini turut menjejak langkah ke pasaran antarabangsa dengan pejabat serantau di Hong Kong dan perkhidmatan di beberapa bandar utama di China.

Kekuatan KINETA turut terletak pada pasukan teknikalnya yang berpengalaman dan diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga, memastikan setiap pemasangan dilakukan secara profesional dan selamat.

Usaha ini selari dengan matlamat negara untuk membina ekosistem EV yang menyeluruh dan mampan.

Google ads
Back to top button