PUSAT PENGEDAR 3S PERTAMA JAECOO DIBUKA DI KOTA KINABALU
Jenama SUV premium, JAECOO, terus memperkukuhkan kedudukannya di Malaysia Timur dengan pembukaan pusat pengedar 3S pertama di Tuaran, Kota Kinabalu, Sabah.
Langkah ini diambil setelah kejayaan penyerahan J7 kepada pelanggan, dan ia menandakan komitmen JAECOO dalam memastikan rangkaian perkhidmatan yang mantap serta menyeluruh kepada peminat jenama ini.
Menurut Naib Presiden Eksekutif Chery Corporate Malaysia, Leo Chen, “Malaysia Timur merupakan pasaran penting bagi kami. Pengalaman pemilikan premium JAECOO yang menghidupkan falsafah jenama ‘From Classic, Beyond Classic’ pasti menarik minat peminat SUV di Sabah.”
Universal JAECOO Sdn Bhd, terletak di Jalan Lintas, Kota Kinabalu, merupakan pusat pengedar yang direka dengan gaya unik berbentuk geometri, sekaligus menarik perhatian ramai.
Selain itu, lokasinya yang strategik di jalan utama memudahkan akses pelanggan dari pusat bandar, menjadikan kunjungan lebih mudah dan praktikal.
Pengunjung pusat pengedar ini juga berpeluang melihat JAECOO J7 dalam dua varian – Pacuan Semua Roda dan Pacuan Dua Roda – dalam suasana yang selesa.
Naib Presiden JAECOO Malaysia, Emily Lek, berkata, “Pusat pengedar ini memberikan pengalaman menyeluruh kepada pelanggan, dari pandu uji hingga perkhidmatan lepas jualan.”
“Dengan kapasiti menerima 200 pengunjung sebulan, pusat ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk ruang tamu pelanggan yang selesa, kaunter kopi dan teh, sambungan Internet kelajuan tinggi, serta surau,” tambahnya.
Pusat pengedar ini membuktikan komitmen JAECOO untuk memenuhi keperluan pelanggan di Malaysia Timur, menawarkan bukan sahaja pilihan kenderaan premium tetapi juga sokongan selepas jualan yang berkualiti tinggi.
Bagi maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari laman web rasmi JAECOO Malaysia di www.jaecoo.com.my atau mengikuti perkembangan terkini di media sosial rasmi mereka.
- BACA: PEDALBOX DTE SYSTEMS – NAK JIMAT BOLEH, NAK POWER LAGILAH BOLEH!
- BACA: SUBARU LEGACY OUTBACK BLACK SELECTION UNTUK JEPUN, 1.8 TURBO 177PS 300NM
- BACA: MALAYSIA ICONIC RALLY CHAMPIONSHIP AKHIRNYA AKAN ONZ. FIVE, FOUR, THREE, TWO, ONE, GOOOOO!
- BACA: TOYOTA GR STARLET BAKAL LANCAR 2026 – JANA 150HP, HARGA SEKITAR RM76K – RM85K