
SHELL RIMULA LIGHT DUTY DIREKA UNTUK PERLINDUNGAN & KUASA MAKSIMUM
Trend penggunaan teknologi Start Stop dalam kenderaan penumpang bermula pada kebanyakan trak pikap yang menggunakan enjin diesel. Teknologi ini diperkenalkan sebagai salah satu usaha untuk mengekang dan mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida dan telah terbukti berjaya pada enjin petrol.
Teknologi Start Stop juga terbukti mampu mengurangkan penggunaan bahan bakar diesel pada trak pikap dan menjadikannya lebih ekonomi untuk tempoh waktu yang panjang.
Namun tidak semua teknologi baharu untuk enjin diesel datang tanpa sebarang masalah. Sebagai contoh teknologi Start Stop, operasi enjin yang dihidupkan dan dimatikan dalam masa yang singkat tentu akan menyebabkan kehausan komponen enjin.
Sebagai perbandingan, trak pikap tanpa teknologi Start Stop mungkin akan dihidup dan dimatikan sehingga 50,000 kali sepanjang hayatnya. Namun bagi trak pikap yang datang dengan teknologi Start Stop, angka ini akan meningkat kepada 500,000 kali.
Peningkatan yang ketara ini akan menyebabkan cabaran yang besar pada ketahanan komponen enjin seperti alas bebola besi, sistem turbo dan piston yang bergerak di dalam silinder.
Namun komponen yang paling kritikal ialah aci engkol yang bersambung dengan rod penyambung dan piston. Aci engkol berputar pada paksinya yang disokong oleh alas bebola besi yang dilapisi dengan satu lapisan filem minyak enjin yang nipis bagi mengurangkan geseran.
Aci engkol juga mestilah berupaya menahan asakan kuasa yang dihantar oleh motor penghidup yang sentiasa menerima kuasa daripada motor penghidup elektrik sepanjang operasi Start Stop berlangsung.
Jadi penggunaan minyak pelincir moden, yang sentiasa melapisi semua komponen enjin sepanjang masa tanpa mengira keadaan adalah sangat penting bagi menyokong operasi operasi sistem Start Stop.
Malah suhu minyak pelincir juga memainkan peranan penting dalam operasi sistem Start Stop. Ia hanya akan beroperasi sekiranya suhu minyak pelincir mencapai tahap optima dan sistem Start Stop akan dinyahaktifkan sekiranya suhu minyak pelincir adalah terlalu rendah.
Berdasarkan kehendak dan keperluan teknologi inilah Shell telah membangunkan 2 minyak pelincir khas bagi kegunaan trak pikap yang dikenali sebagai Shell Rimula Light Duty 4 dan Shell Rimula Light Duty 5.

Minyak pelincir Shell Rimula LD 4 Direka untuk Prestasi ialah minyak pelincir berasaskan minyak mineral yang datang dengan kelikatan 15W-40 lengkap bersama teknologi Mineral Grade Dynamic Protection.
Shell Rimula LD4 mampu menawarkan sehingga 30% perlindungan kehausan daripada operasi Start Stop1. Selain mengurangkan sehingga 36% pembentukan enapan karbon2.
Formulasi Shell Rimula LD4 membantu mengawal suhu enjin dengan mengurangkan sisa dan kehausan yang disebabkan pemanduan lasak di bandar yang melibatkan situasi “berhenti dan pecut semula” di dalam kesesakan jalan raya.
Pemilik trak pikap yang menggunakan kenderaan sebagai kenderaan utama untuk bekerja boleh la rasa tenang sikit sebab Shell Rimula LD 4 menawarkan perlindungan maksimum sepanjang masa.

Shell Rimula LD5 pula Direka untuk Kuasa, amat sesuai bagi pemilik pikap trak yang menggunakan kenderaan mereka untuk tujuan rekreasi, menyertai laluan kembara offroad lasak dan kegunaan santai
Minyak pelincir ini dirumus dengan campuran sintetik melalui teknologi Synthetic Technology Dynamic Protection Plus, amat sesuai untuk enjin diesel berkuasa tinggi. Malah Shell Rimula ini mampu menawarkan pelindungan kehausan sehingga 57% lebih baik bagi operasi sistem Start Stop1.
Rumusan ini juga berupaya mengurangkan 50% pembentukan enapan karbon2, perlindungan 76% kelikatan minyak pelincir3 dalam apa jua keadaan pemanduan.


Pemilik trak pikap yang menggunakan Shell Rimula LD 5 juga boleh menikmati penjimatan kos penjagaan kenderaan dengan sela masa servis yang lebih Panjang. Di samping memastikan enjin beroperasi dalam suhu yang optima dan memastikan prestasi enjin kekal mantap.
Penawaran minyak pelincir Shell Rimula Light Duty melalui Shell Rimula LD4 dan Shell Rimula LD5 yang sesuai untuk semua jenis trak pikap membuktikan anda masih boleh terus menikmati pemanduan yang mengujakan, memenuhi kehendak gaya hidup aktif dan mengekalkan kelestarian alam.
Rujukan:
Disclaimer for LD4:
- 30% better wear protection1
- 36% less carbon deposits2
- Dynamic Protection Technology
1. % relative to API and ACEA engine oil specification limits in a key engine test, selected to be representative across multiple engines.
2. Compared with Cummins ISM Sludge Rating and Caterpillar 1P* requirements.
Disclaimer for LD5:
- Up to 57% Better Wear Protection1
- Up to 50% Less Carbon Deposits 2
- Up to 76% improved viscosity control3
- In one of the most severe ring/ liner wear test Mock T-12 EGR, Shell Rimula Light Duty LD5 Low Ash demonstrated 57% better ring wear protection against API CK-4 limits
- As demonstrated in the caterpillar 1N Engine test, against the CK-4 limit
- In the Volvo T-13 test, Shell Rimula Light Duty LD5 Low Ash demonstrated up to 76% improved viscosity control compared with the API CK-4 limit.