Buletin

GWM TANK 500 HEV BAKAL DILANCARKAN DI MALAYSIA AUTOSHOW 2025

Selepas membuka tempahan pada 14 April lalu, GWM Malaysia mengesahkan bahawa pelancaran rasmi SUV hibrid mewah GWM Tank 500 HEV akan berlangsung pada 8 Mei 2025 di pentas Malaysia Autoshow 2025, MAEPS Serdang.

Model ini dijangka mengukuhkan lagi kedudukan GWM dalam segmen SUV premium berteknologi tinggi di Malaysia.

Rekaan lasak dan serba canggih Tank 500 HEV disasarkan kepada pembeli yang mahukan keseimbangan antara kuasa, kemewahan dan keupayaan off-road sebenar.

Dikuasakan oleh enjin hibrid 2.0 liter turbocharged 4-silinder, digandingkan dengan transmisi automatik hibrid 9-kelajuan, sistem ini menghasilkan gabungan kuasa 255kW (346PS) dan 648Nm tork.

Ia turut dilengkapi sistem pacuan empat roda pintar (4WD) dengan M-Lock, 11 mod pemanduan semua rupa bumi, serta teknologi seperti TANK Turn Assist, cruise control untuk off-road dan pandangan casis telus.

Ruang dalaman menawarkan kapasiti 7 tempat duduk yang dibalut kulit NAPPA, bersama sistem audio premium jenama Infinity — menambah lagi unsur mewah dalam pengalaman pemanduan. Harga anggaran yang diumumkan adalah di bawah RM350,000.

Promosi Menarik Sepanjang Mei untuk Semua Model GWM

Bersempena pelancaran Tank 500 HEV dan Malaysia Autoshow 2025, GWM Malaysia turut menawarkan promosi besar-besaran sepanjang Mei 2025, melibatkan seluruh barisan model mereka:

GWM TANK 300

  • 5 tahun servis percuma
  • Layak sertai kempen “Realise Your Dream Trip with GWM TANK 300”

Hadiah bulanan:

  • 5x Baucar Percutian RM8,888
  • 1x Kit Pengubahsuaian GWM Iron Cavalry
  • 25x Baucar Percutian RM888 untuk peserta pandu uji

HAVAL H6 HEV

  • 5 tahun servis percuma
  • Subsidi faedah RM3,000
  • Penjimatan keseluruhan sehingga RM6,600

ORA 07

Penjimatan sehingga RM25,000 termasuk:

  • Subsidi faedah
  • Pengecas Wallbox percuma
  • 5 tahun servis percuma
  • Lanjaran waranti 2 tahun

ORA GOOD CAT

Penjimatan sehingga RM20,000 termasuk:

  • Subsidi faedah
  • Pengecas Wallbox percuma
  • 5 tahun servis percuma

Ganjaran Tambahan Sempena Hari Guru

Bagi menghargai jasa pendidik sempena sambutan Hari Guru, GWM Malaysia menawarkan diskaun tambahan sebanyak RM2,000 kepada guru yang membuat tempahan mana-mana model GWM sepanjang Mei 2025, dan melengkapkan pendaftaran sebelum atau pada Jun 2025.

Orang ramai dijemput ke reruai GWM di Malaysia Autoshow 2025 untuk melihat lebih dekat semua model termasuk Tank 500 HEV, GWM Tank 300, HAVAL H6 HEV, ORA Good Cat dan ORA 07.

Selain pelancaran model baharu, pengunjung juga boleh menikmati tawaran eksklusif, sertai pandu uji dan menangi pelbagai hadiah menarik.

Untuk maklumat lanjut dan lokasi pengedar sah, layari www.gwm.com.my.

Google ads
Back to top button