Artikel PilihanBuletin

JAGUAR F-TYPE PROJECT 7 EDISI TERHAD

Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn. Bhd. baru-baru ini mengumumkan bahawa hanya dua pembeli istimewa di Malaysia akan menerima penghormatan memiliki kereta berkuasa tinggi Jaguar F-TYPE Project 7 edisi terhad.

Jaguar-F-Type-Project-7-mekanika (8)

F-TYPE Project 7 ialah kereta prestasi tinggi Jaguar yang pertama daripada pasukan Operasi Khas Jaguar Land Rover. Dengan pengeluaran yang dihadkan hanya kepada 250 unit di seluruh dunia, Jaguar Land Rover telah memperuntukkan dua unit kereta berkuasa tinggi buatan tangan ini kepada pasaran Malaysia.

Harga akan diumumkan semasa permohonan. Untuk maklumat lanjut, pelanggan yang berminat boleh menghubungi cawangan Sime Darby AutoConneXion dan SISMA Auto, yang menawarkan kedua-dua model Jaguar dan Land Rover.

Jaguar-F-Type-Project-7-mekanika (4)

F-TYPE Project 7 bukan sahaja pilihan paling khusus dalam rangkaian F-TYPE, malah merupakan model pengeluaran Jaguar yang paling pantas dan berkuasa pernah dibina oleh Jaguar.

Badan berbentuk roadster dengan ciri tersendiri ini merupakan penghormatan kepada salah satu kereta lumba Jaguar terkenal yang kini dianggap sebagai ikon, Jaguar D-type yang menjuarai Le Mans sebanyak tiga kali.

Jaguar-F-Type-Project-7-mekanika (2)

Kereta tersebut telah meraikan ulang tahun ke-60 pada 2014.  Manakala nama F-TYPE Project 7 pula memperingati tujuh kemenangan Jaguar di Le Mans.  Kereta ini sah untuk kegunaan jalan raya, dengan bumbung boleh dibuka dan ruang kargo hanya sebesar 196 liter.

Kuasa kereta ini diekstrak daripada enjin V8 5.0 liter dengan sistem pengecas lampau. Mampu menghasilkan kuasa 575PS dan tork 680Nm, jentera dengan badan aluminium ini (hanya seberat 1585kg) mampu mencapai pecutan dari 0-100km/j dalam masa 3.9 saat sahaja. Manakala kelajuan tertinggi yang dihadkan secara elektronik adalah  300km/j.

Jaguar-F-Type-Project-7-mekanika (6)

Kuasa dipindahkan ke roda belakang menerusi transmisi Quickshift lapan kelajuan dan Pembeza Aktif Elektronik generasi kedua (EAD).

Brek Matriks Seramik Karbon (CCM) dipasang pada F-TYPE Project 7 demi  menawarkan kuasa brek berprestasi tinggi. Satu lagi ciri penting yang ada ialah Pemvektoran Tork Menerusi Pembrekan (TVbB). Apabila digandingkan dengan EAD, ia berupaya menghasilkan pengendalian yang amat jitu.

Jaguar-F-Type-Project-7-mekanika (5)

Gentian karbon buatan khas yang sangat  aerodinamik dan tetapan suspensi unik membolehkan F-Type Projek 7 menghasilkan pengalaman memandu yang benar-benar memuaskan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button