Buletin

UMW TOYOTA MOTOR LABUR RM1.5 JUTA

UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMW Toyota Motor) telah melabur lebih RM1.5 juta dalam bentuk peralatan dan simulator latihan ke semua enam pusat latihan Program Pendidikan Teknikal Toyota (T-TEP) di seluruh negara.

Toyota-T-TEP-mekanika (1)

Pengumuman itu dibuat ketika majlis perlancaran pusat latihan T-TEP keenam di Kolej WIT, Pelabuhan Klang baru-baru ini.

Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki memberitahu pihaknya telah berkongsi pengetahuan terkini dan teknologi maju dengan semua institusi automotif T-TEP sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Di sana, para pelajar akan diajar dengan mengenai budaya Toyota dan disiplin dalam Toyota Way Foundation sebelum mereka diambil sebagai pekerja.

Program T-TEP yang diasaskan oleh Toyota Motor Corporation diiktiraf di seluruh dunia menerusi pelaksanaannya di 436 institusi di 52 buah negara.

Di Malaysia, program T-TEP bermula pada tahun 1991. Selain Kolej WIT, kolej-kolej lain ialah IKM Jasin, Melaka; IKM Kuching, Sarawak; IKM Lumut, Perak; Kolej Tafe Seremban, Negeri Sembilan dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Masjid Tanah, Melaka.

Ismet mengakui bahawa program tersebut telah membantu merealisasikan matlamat syarikat untuk mendapatkan pengambilan baharu terutama dalam memperkasakan kapasiti rangkaian servis UMW Toyota di Malaysia.

Kini, terdapat kira-kira 500 pekerja dalam rangkaian servis Toyota di seluruh negara yang merupakan bekas pelajar T-TEP. Malah sebahagian daripada mereka sudah pun berkhidmat lebih daripada 20 tahun dan memegang jawatan setinggi Pengurus Pusat Servis.

Datuk Ismet menyebut bahawa UMW Toyota Motor menyasarkan untuk memperoleh institut T-TEP yang ketujuh pada tahun 2016 sebagai pelan pengembangan seterusnya di Sabah.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button