" "
Buletin

JAGUAR FOKUS EV, HENTI PRODUKSI MODEL SEMASA

Jaguar baru-baru ini mendedahkan bahawa bakal melakukan perubahan ketara dengan memberi fokus pada model elektrik sepenuhnya.

Ini bermakna peminat Jaguar boleh mengucapkan selamat tinggal kepada model semasa.

Ketua Pegawai Eksekutif sebelum ini, Thierry Bolloré, berkata bahawa I-Pace menjadi satu-satunya model yang terhindar dari pemberhentian. Menurutnya, crossover tersebut akan terus dibuat lebih baik dan lebih baik.

Namun, cerita berbeza pula apabila CEO baharu mengambil alih. CEO baharu Jaguar, Adrian Mardell, memberitahu bahawa I-Pace bakal diganti tidak lama lagi.

Tambahnya lagi, setiap model yang dibina pada platform JEA akan menjadi baharu sepenuhnya.

Jelas Mardell, Jaguar mempunyai sembilan hingga 12 bulan untuk memutuskan bila untuk menghentikan I-Pace secara rasmi.

Menurut laporan sebelum ini, model pertama berdasarkan platform baharu dijangka diperkenalkan pada 2024 dan mula dijual tahun 2025.

Google ads
Back to top button