Buletin

JAGUAR LIGHTWEIGHT E-TYPE

Jaguar Land Rover Special Operations baru-baru ini telah memperkenalkan model Jaguar Lightweight E-type buatan tangan di kemudahan baharunya di Browns Lane, England. 

Jaguar-Lightweight-e-type-mekanika  (2)

Jentera ini sangat eksklusif kerana hanya enam unita akan dibina. Lebih menarik lagi, setiap satunya akan menggunakan nombor chasis yang pada asalnya diperuntukkan pada tahun 1963 untuk membina 18 buah kereta dalam projek ‘Special GT E-type’. Sehingga kini, cuma 12 unit berjaya dihasilkan.

Jaguar-Lightweight-e-type-mekanika  (6)

Jaguar Heritage yang beroperasi di bawah divisyen Jaguar Land Rover Special Operations akan bertanggungjawab dari segi penyelenggaraan dan merestorasi kereta-kereta klasik Jaguar.

Jaguar-Lightweight-e-type-mekanika  (12)

Ketika menghasilkan Jaguar Lightweight E-type, Jaguar Heritage telah menguna pakai keunikan dan sumber reka bentuk terbaik Jaguar. Ini termasuklah penggunaan badan aluminum.

Jaguar-Lightweight-e-type-mekanika  (4)

Selain kerangka badan, material aluminium turut digunakan pada bahagian pintu, trunk lid dan bonet. Jentera yang istimewa itu kemudian dijana oleh unit  enjin XK enam silinder bersesaran 3.8 liter. Enjin yang diperbuat daripada blok aluminum itu dikatakan mampu menghasilkan kuasa sehingga 300bhp.

Jaguar-Lightweight-e-type-mekanika  (7)

Jentera itu akan dijual sebagai kenderaan bagi tujuan perlumbaan dan menepati homologasi FIA. Menyorot sejarah awalnya, Jaguar E-type dihasilkan di antara tahun 1961 hingga 1975. Dalam tempoh itu, hanya 72,500 unit E-Type berjaya dibina.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button