Buletin

NISSAN SYLPHY TALAAN IMPUL

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) semalam memperkenalkan model Nissan Sylphy Talaan IMPUL. 

Nissan-Sylphy-Tuned-By-IMPUL-mekanika (2)

Varian baharu ini diperkenalkan selepas pelancaran Sylphy serba baharu ke pasaran Malaysia pada April lalu. Sylphy menyertai X-Gear, Grand Livina dan Almera sebagai model yang menerima talaan IMPUL di Malaysia.

Antara ciri yang menyerlah pada Nissan Sylphy Talaan IMPUL ialah bampar spoiler pada bahagian hadapan dan belakang, skirting sisi serta rim aloi bersaiz 17 inci dengan teknologi rekaan roda terkini.

Varian itu 25mm lebih rendah berbanding model standard. Ia juga dilengkapi wing spoiler yang menjadi signatur IMPUL dan berfungsi mengoptimumkan aliran udara.  IMPUL Sports Springs pula menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih lincah dan responsive.  

“Kami di ETCM teruja untuk memperkenalkan varian Nissan Sylphy talaan lMPUL yang lebih sporty kepada para pelanggan. Dengan karekteristik dan kelincahan yang telah dipertingkatkan, ia pasti mampu menawarkan pengalaman pemanduan lebih dinamik,” kata Pengarah ETCM, Datuk David Chen.

Sama seperti Teana dan Sylphy serba baharu, Nissan Sylphy Talaan IMPUL boleh dilihat secara dekat serta dipandu uji di Acara Pandu Uji Awam Sylphy dan Teana. Acara tersebut akan diadakan di Car Park 2, Desa Park City pada 16 dan 17 Ogos 2014, bermula dari 10am hingga 10pm.

Nissan-Sylphy-Tuned-By-IMPUL-mekanika (1)

Para pengunjung juga boleh menikmati ‘Teana Car Theatre’ (Teater Kereta Teana) untuk merasai sendiri pengalaman sistem bunyi keliling Teana serba baharu. Sistem Audio Premium BOSE dengan sembilan unit pembesar suara itu menawarkan kualiti bunyi yang mengagumkan. Sebagai tambahan, hadiah-hadiah istimewa seperti sistem musik BOSE SoundTouch™ Portable Wi-Fi® (bernilai RM2,290) dan produk kosmetik Shiseido Global Suncare (bernilai RM375), turut disediakan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Acara Pandu Uji Awam Sylphy dan Teana di laman web Nissan (www.nissan.com.my), menerusi panggilan ke Jabatan Perhubungan Awam ETCM di talian 1800-88-8368 atau e-melkan pertanyaan ke [email protected] .

Pakej Nissan Sylphy Talaan IMPUL Pakej Lengkap
Aksesori

1.8E

1.8VL

Pakej:

–       Bampar Spoiler Hadapan dan Belakang,

–       Skirting Sisi

–       Wing Spoiler Belakang

–       Rim Aloi IMPUL Aura SX-20 17 inci

–       Tayar Continental Premium Contact

–       IMPUL Sports Spring

RM 7,900

RM 6,000

   
Pakej Nissan Sylphy Talaan IMPUL Harga Alat Ganti
Aerokit (termasuk Bampar Spoiler Hadapan dan Belakang, Skirting Sisi dan Wing Spoiler Belakang) RM 3,600 (E)
RM 3,000 (VL)
Rim Aloi IMPUL Aura SX-20 17 inci (4 unit) RM 4,500  untuk setiap set
Tayar Continental Premium Contact 2 (4 unit) RM 1,800  untuk setiap set
IMPUL Sports Springs RM 1,000

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button