Buletin

PANDU UJI DAN MENANGI PEUGEOT RCZ!

Pengedar kenderaan jenama Peugeot di Malaysia, Nasim Sdn. Bhd. (Nasim) baru-baru ini melancarkan peraduan Drive 2 Win. 

Drive-2-win-peugeot-mekanika (1)

Peraduan itu menawarkan hadiah yang sangat lumayan iaitu sebuah Peugeot RCZ bernilai RM248,888 seunit! Untuk menyertainya, anda hanya perlu mengunjungi mana-mana bilik pameran Peugeot dan pandu uji apa jua kereta Peugeot yang anda minati.

Kemudian, isi borang penyertaan dan masukkan ke dalam kotak khas yang disediakan di bilik pameran terbabit. Satu pandu uji melayakkan anda mendapat satu penyertaan sahaja. Namun, jika pelanggan mendaftarkan sebuah kenderaan Peugeot, mereka boleh mengisi lima borang penyertaan.

Drive-2-win-peugeot-mekanika (3)

Peraduan Drive 2 Win akan berlangsung dari 23 Ogos hingga31 Oktober 2014. Ia  dibahagikan kepada enam siri dengan setiap satunya berlangsung selama dua minggu. Tiga orang pemenang akan dipilih pada setiap siri yang menjadikan jumlah keseluruhan seramai 18 orang.

Para pemenang ini akan menerima gajet-gajet terkini seperti Sony Xperia Z2, Samsung Galaxy S5, Samsung Galaxy Note 12.2, Macbook Air dan baucar beli-belah bernilai RM500.

Print

Untuk menambah keterujaan terhadap peraduan ini, pasukan Peugeot Cruisers akan mengunjungi beberapa lokasi tertentu untuk memberikan hadiah kepada orang ramai. Antara lokasi yang menjadi tumpuan termasuklah Taman Tun Dr Ismail, Ara Damansara, Desa Park City, Setia Alam, Subang Jaya, PJ State dan Jaya One.

Di luar Lembah Klang pula, pasukan Peugeot Cruisers akan berhenti di Bandar Baru Uda dan South City Mall, Setia Tropika di Johor Bahru. Selain di Georgetown dan Feringghi di Pulau Pinang.

Maklumat lanjut mengenai peraduan Drive 2 Win, sila layari laman web: http://www.peugeot.com.my. Like laman Facebook Peugeot Malaysia: http://www.facebook.com/peugeotmalaysia dan ikutinya di Twitter @peugeotmalaysia di http://twitter.com/peugeotmalaysia

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button