Buletin

BEKAS KETUA PEREKA JAGUAR LAND ROVER SERTAI GEELY UK, BERI KHIDMAT SOKONGAN KEPADA PROTON

Pusing dan usahalah bagaimanapun, reka bentuk adalah penentu utama dalam pembelian kenderaan.

Walaupun anda mengeluarkan kereta dari negara terpencil di dunia, dan anda hadir dengan reka bentuk menggagumkan, peratusan pembelian sudah di tangan pengguna.

Fakta ini sudah berkali-kali dibuktikan oleh Hyundai, Kia termasuk jenama yang sudah berusia berpuluh tahun.

Sebelum Range Rover meletup dengan Evoque, model manakah yang dapat menyaingi populariti SUV coupe tersebut?

Malah Toyota yang mempunyai pelanggan setia dan reputasi hebat pun kembali semula ke papan lukisan untuk mencorak kembali gayaan model mereka.

Geely Auto Group turut menggunakan sifir ini dan terbaru mereka melantik Wayne Burgess, bekas Ketua Pereka dan Pengarah Reka Bentuk Jaguar Land Rover sebagai Ketua Reka Bentuk dan Naib Presiden Geely Design UK.

Studio reka bentuk terbaru itu adalah salah satu daripada rangkaian studio global Geely Auto dan beroperasi di Conventry yang merupakan pusat industri automotif Britain.

Geely Design UK akan menempatkan sekitar 100 pereka dan staf sokongan dalam masa lima tahun akan datang dengan bidang kuasa sokongan untuk kerja reka bentuk pelbagai jenama di bawah Geely Auto.

Ini termasuk Geely Auto, LYNK&CO, Lotus termasuk jenama nasional iaitu PROTON. Studio ini juga bertanggungjawab untuk London Electric Vehicle Company (LEVC).

Rangkaian global Geely Design berada di serata dunia seperti Shanghai, Gothenburg, Barcelona, California dan Coventry.

Ia mempunyai lebih daripada 900 staf dengan rangkaian bagi menyokong pelbagai jenama di bawah Geely Auto berdasarkan input global dan nilai estetik antarabangsa yang kukuh.

Wayne Burges akan bekerjasama dengan Peter Horbury, Naib Presiden Eksekutif Reka Bentuk, Geely Auto Group.

Berikut ialah ringkasan pengalaman Wayne Burges:

  • Universiti Coventry  – 1988 – 1992 Sarjana Muda Seni dalam Reka Bentuk Industri dan Pengangkutan
  • LTI Carbodies – 1992 – 1995 – Pereka Kanan
  • Omni Design – 1995 – 1997 – Pengurus Reka Bentuk
  • Jaguar Land Rover – 1997 – 1999 – Pereka Prinsipal
  • Aston Martin Lagonda – 1999 – 2001 – Pengurus Reka Bentuk Kanan
  • Jaguar Land Rover – 2001 – 2018 – Ketua Pereka dan Pengarah Reka Bentuk

BACA: GEELY BINYUE – KENAPA IA BOLEH GUGAT SUV KOMPAK SEDIA ADA DI MALAYSIA?

BACA: GEELY JIAJI, BAKAL PENGGANTI PROTON EXORA AKAN DATANG

Tags
Google ads
Back to top button